PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, February 13, 2012

6 WARTAWAN THE SUN DAN ANGGOTA KESELAMATAN DITANGKAP KERANA RASUAH..!!!


Akhbar paling laris The Sun, berada dalam krisis semalam selepas polis menahan lima wartawannya berkaitan dakwaan rasuah di Britain.

Pihak berkuasa berkata, seorang pegawai Kementerian Pertahanan, anggota tentera dan polis juga diberkas atas dakwaan wartawan terbabit memberi rasuah bagi mendapatkan maklumat.

Sementara itu, penerbit The Sun, News International, berkata Rupert Murdoch yang memiliki akhbar berkenaan memberi jaminan peribadi bahawa penerbitan itu tidak akan menerima nasib sama seperti satu lagi akhbar mereka, News Of The World.

Akhbar News Of The World ditutup Julai tahun lalu selepas diterbitkan 168 tahun gara-gara skandal pengintipan talian telefon yang menggemparkan ramai.

Sumber berkata, hartawan media itu akan tiba di London untuk bertemu dengan wartawan tetapi tiada tarikh khusus diberikan.

Menurut News International, wartawan yang ditahan semalam ialah Penolong Editor, Geoff Webster; Editor Gambar, John Edwards; Ketua Pemberita, John Kay; Ketua Wakil Luar Negara, Nick Parker dan wartawan, John Sturgis.

Ketua Eksekutif The Sun, Tom Mockridge, berkata syarikat itu kini berdepan “cabaran terhebat” tetapi mendapat jaminan peribadi daripada Murdoch yang memberikan komitmen untuk terus menerbitkan akhbar berkenaan. - AFP

1 comment:

praha2 said...

eden sangkokan rasuah berlaku diMalaysia jo, tapi ni diLondon? apo kato pr? nah ni yang the tip of the ice mungkin ado lagi. Kalo diIndonesia,India,China dan negaro Eastern Europe kito tak tau. Di USA pun ado mengapo pr tak heboh? Disini kito bagaina roboh sibuk mengatokan rasuah berleluaso.
beb lihatlah di sano pun ado.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...