PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, January 21, 2012

KONSPIRASI POTONG GAJI UNTUK JATUHKAN MARUAH ATM..??


Ini adalah salah satu berita saman yang agak melucukan kerana setelah lama perkara ini berlaku persoalannya kenapakah sekarang baru nak ketengahkan perkara ni, lebih-lebih lagi diwaktu negara akan menghadapi PRU13 tak lama lagi.

KUALA LUMPUR - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kapten hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.

Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Lee, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman
sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.

Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan
konpirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963
sehingga sekarang.

Kesemua plaintif mendakwa tindakan defendan-defendan itu adalah untuk menjadikan status mereka (plaintif) lebih rendah daripada pegawai lain dan kehormatan mereka akan menjadi rendah dalam sektor awam.

Mereka juga mendakwa defendan pertama iaitu Lee telah gagal dalam tugas perlembagaan dalam menyekat dan mengimbangi kuasa kerajaan pusat di bawah
pemerintahan Tunku Abdul Rahman dari 16 Sept 1963 hingga 31 Disember 1966 ketika Singapura di bawah Malaysia.

Oleh yang demikian, kesemua plaintif menuntut deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM dari Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk
menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam adalah salah dan melanggar undang-undang.

Mereka juga menuntut perintah mandamus terhadap Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja di bawah Ordinan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950
untuk menyiasat salah laku berunsur khianat Perdana Menteri dan Kuarted Pegawai Tadbir Diplomasi.

Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi punitif sebanyak RM3 juta bagi setiap plaintif, ganti rugi khas, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.
 


Siapakah yang sebenarnya cuba jatuhkan maruah siapa sekarang, Si penyaman ataupun yang di saman..??

1 comment:

Anonymous said...

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di; http://tengkuzainal.com/penyata_tuntutan_404_pegawai_tentera_malaysia.pdf

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...