PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, December 25, 2011

SELEPAS PAS, GILIRAN DAP PULA BERTENGKAR SESAMA SENDIRI



Jikalau dah tak dapat kelulusan bergabung sesama sendiri sudah pasti ada sebab musababnya, inilah salah satu yang tidak rakyat inginkan. Bertengkar dan bertempik sesama sendiri, baru gabungan 3 parti dah huru-hara semacam ni.

Kesemuanya tamak ingin berkuasa dan pemimpin Pakatan PR sering tak bersetuju antara satu sama lain pemimpin dalam parti. Selalu bercanggah pendapat, bagaimanakah ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, sedangkan masalah dalaman parti pun tak dapat diselesaikan.

Jika PAS menghadapai sindiran dan cemuhan antara pemimpinnya sendiri, maka rakan seangkatannya DAP turut mengalami nasib yang sama. Bercakaran sesama sendiri, kali ni di Penang pula.

Inilah berkat bala doa hajat selalu dipohon PAS untuk menjahanamkan bangsanya sendiri yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk PAS selama ini.




GEORGE TOWN 24 Dis. - Pertelingkahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila Karpal hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengetepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di sini.

Karpal merujuk kepada laporan sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata, pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal berkata, dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.

"Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

Karpal mencabar Ramasamy supaya memberikan nama mereka yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah," katanya.

Pengerusi DAP itu berkata, Ramasamy gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya.

- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Pendapat saya ini hanya gimik drp PKR jer...supaya puak lawan iaitu BN leka dan memandang mereka semakin lemah...ini hanya taktik jer menjelang PRU13...sebenarnya pada PRU13 nanti mereka tetap bersatu....
Ideanya bila BN dah rasa duduk dlm 'comfort zone' , masa tu mereka mulalah berkerja keras berkempen memastiakn kemengan mereka.....Ayuh BN jgn terleka dek sandirawa puak petualang bangsa nieeeeeeee Chaiyok BN boleh..........

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...