PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, November 12, 2011

SI BAJU KUNING BUAT HAL, LIM GUAN ENG KENA TIBAI LAGI...!!!


Jika sebelum ini Lim guan Eng dimaki hamun oleh kumpulan belia bermotosikal yang mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, hari ini kumpulan penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap LGE DAP yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan tersebut dan menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Demonstrasi itu dikatakan bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang yang menjadi tempat berkumpul golongan penarik beca untuk menunggu pelanggan setiap hari untuk mencari rezki.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan membawa pelbagai sepanduk untuk meluahkan perasaan geram mereka sambil melaungkan kata-kata "Lim Guan Eng penipu" dan "Lim Guan Eng penindas".

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca. Mampukah LGE menunaikan permintaan golongan ini..??

3 comments:

cacamarba said...

ni mest guan eng tuduh umno punye kerja jgk..guan eng xda telur..

Anonymous said...

aku pun agak dah..ni mesti kerja umno..kata guan eng....dia ada telor,,tapi telor babilah...eh..babi ada telor ke???

Anonymous said...

Harap2 mereka nie serik dengan hidup dalam pemerintah PR. Jadi gunakan lah PRU 13 untok menumbangkan pemerintah DAPig di Penang....begitu juga pada negeri2 yang lain dalam pemerintah PR. Dan jadikan ini satu iktibar untok masa depan.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...