PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, November 12, 2011

PM SUDAH KENAL PASTI KAEDAH SESUAI AGIH RM500...!!!



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beberapa kaedah yang sesuai sudah dikenal pasti bagi mengagihkan bantuan sebanyak RM500 kepada keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 lalu.

Kata Perdana Menteri, kaedah itu akan memastikan proses pengagihan bantuan tersebut berjalan lancar dan sampai kepada kumpulan sasaran.

"Ini penting supaya kumpulan sasar yang menerima bantuan ini menyedari bahawa ia adalah pemberian dan sumbangan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Bantuan itu dijangka diagihkan pada Januari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi BN hari ini turut memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, ia termasuk menekankan betapa pentingnya untuk setiap parti komponen BN kembali kepada semangat menghormati antara satu sama lain.

Tegas beliau lagi, setiap parti komponen juga perlu berpegang kepada kecenderungan untuk membincangkan mengenai sesuatu isu yang ada kepentingan bersama dalam suasana tertutup.

"Ini bagi memastikan BN mencapai kata sepakat atau konsensus dalam menangani apa jua isu sama ada yang sensitif atau sebaliknya.

"Ada masa kita perlu membuat kenyataan secara terbuka dalam apa jua isu tetapi kita perlu berhati-hati supaya ia tidak menyentuh sensiviti parti atau pihak lain atau sehingga boleh mendatangkan kerugian kepada kita," katanya.

- UTUSAN MALAYSIA

Jika dah dapat cara yang sesuai, biar benar-benar sampai kepada yang layak menerima. Agar rakyat yang menerimanya dapat mengurangkan kos pengeluaran harian mereka. Kepada yang dapat RM500 ni nanti jangan pula lupa jasa baik kerajaan Pusat...!!!

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...