PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, November 19, 2011

PKR SELANGOR BAKAL BAZIRKAN 40 JUTA WANG RAKYAT..!!!



Sebenarnya yang kuat membazirkan duit rakyat adalah Pakatan haram PR, kerana kecut nak buat pilihanraya serentak. Sebabnya adalah pemimpin mereka ni terdiri daripada kaki hasut dan pembodek pemimpin atasannya sendiri, yang rugi adalah rakyat Malaysia.

Pakatan haram PR tahu banyak janjinya yang masih tak tertunai lagi, contohnya masalah air. Banayk lagi rakyat marhein yang masih tidak mendapat bekalan percuma yang diberikan. Sebaliknya hanyalah rumah-rumah mewah saja yang mendapat insentif tersebut.

Contohnya rumah flat kos rendah yang masih menggunakan meter pukal, keduanya rakyat Selangor akan menghadapi masalah yang sama seperti di Kelantan. Minum air keruh yang semakin kotor kerana tidak dirawat airnya dengan sempurnya. Paling mengharukan bekalan air kerap terputus, apa yang dibuat oleh Kerajaan negeri Kelantan dengan duit peruntukkan diberikan oleh Kerajaan Pusat bernilai mencecah berbilion ringgit..??

Manakah pergi duit penyelenggeraan itu..?? Buat modal berpolitik ke..??
Dibekalkan duit tersebut untuk menyelesaikan masalah air, sebaliknya digunakan untuk berpolitik pula..!!!

Kan membazir duit rakyat tu...!!! Berita dibawah ni lagi satu pembaziran Pakatan haram PR..!!?

RM40 juta terpaksa dibazirkan

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira RM40 juta wang rakyat terpaksa dibazirkan jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkeras mahu mengadakan pilihan raya berasingan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu menggambarkan kerajaan negeri tersebut mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

"Biarpun ia adalah hak kerajaan negeri mengikut undang-undang tubuh negeri, tetapi adakah kerajaan negeri akan membiayai pilihan raya (berasingan) itu?

"Banyak perkara perlu dilihat termasuk kepentingan rakyat, pembaziran wang dan tenaga kerja juga akan bertambah termasuk polis yang terpaksa mengawal ketenteraman awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...