PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, November 26, 2011

KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROBOH KEDAI MELAYU LAGI..!!!

Rosseli Samsudin menunjukkan bekas tapak meter elektrik yang telah ditanggalkan oleh MBSA kelmarin.

Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan semalam.

Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL).

Mohd. Rosseli mendakwa, sebelum ini operasi restoran tersebut berjalan lancar dan dia mendapat kebenaran memperbaharui TOL daripada PTD Petaling serta memperoleh lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap tahun dan lesen terakhir diperbaharui pada 2007 dan tamat pada 2010.

Bagaimanapun dakwanya, pada 2011, secara tiba-tiba permohonan beliau untuk memperbaharui TOL tidak dibenarkan walaupun selepas rayuan dibuat beberapa kali dan ini menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan lesen perniagaan.

Kata beliau lagi, ekoran kegagalan memperbaharui TOL dan lesen menyebabkan perniagaannya terpaksa dijalankan secara tidak sah dan beliau telah menerima dua notis untuk menutup perniagaan pada Mac dan Mei lalu serta meroboh restorannya pada Selasa lalu dengan pelbagai alasan.

"Semua ini berlaku selepas pertukaran pemerintahan kerajaan negeri pada 2008, dan saya kesal kerana inilah satu-satunya punca pendapatan saya dan keluarga selain 25 pekerja yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara-mara.

"Saya mengaku telah menerima tiga notis termasuk notis untuk meroboh pada Selasa lalu. Tetapi tidakkah pihak yang berkenaan terutama kerajaan negeri tiada budi bicara dengan mengambil kira prestasi perniagaan saya sebelum ini.
 

"Di manakah keadilan kerajaan negeri yang selama ini memperjuangkan hak rakyat sedangkan selama ini saya juga banyak menyumbang untuk masyarakat setempat yang dalam kesusahan termasuk semasa banjir besar melanda Shah Alam sebelum ini," ujarnya.

BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...