PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, November 1, 2011

JANGAN JADI BERUK BODOH SOKONG PAS...!!!



Seramai 100 penyokong Pas di BACHOK termasuk tujuh pemimpin cawangan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada perjuangan UMNO untuk menerajui kembali pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka menyatakan ikrar tersebut semasa menghadiri sesi penerangan mengenai hala tuju perjuangan UMNO yang disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed malam tadi.

Sesi penerangan selama hampir dua jam itu berlangsung di kediaman Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussain di Kampung Teratak Pulai di sini dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Ketua kumpulan berkenaan, Ismail Abdul Rahman, 63, dari Kampung Panchor, Gunung berkata, 100 bekas ahli dan penyokong Pas yang hadir pada pertemuan itu adalah ketua keluarga yang akan membawa lebih banyak sokongan kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, pendekatan pemimpin UMNO yang berusaha menyelesaikan pelbagai masalah rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan diperlukan tanpa mengira fahaman politik, menjadi penyebab utama mereka mengambil keputusan meninggalkan HamPas.

"Banyak perkara dan keperluan rakyat diselesaikan oleh pemimpin UMNO tanpa 'memilih bulu.' Wakil rakyat Pas tidak pernah berbuat demikian apa lagi menziarahi rumah penduduk miskin kecuali apabila mahu memancing undi setiap kali menjelang pilihan raya.

"Kempen mereka hanya melibatkan slogan sahaja tanpa ada usaha untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat berbanding pemimpin UMNO," katanya.

Kalau kita miskin dan perlukan sedikit bantuan wakil rakyat Pas menggunakan alasan ia adalah takdir dan ketentuan," dakwanya.

Ismail berkata, kemenangan perlu diberikan kepada UMNO kerana parti itu lebih teguh, berkeupayaan membela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan pemimpinnya lebih bersikap cakna.

Beliau berkata, sebilangan besar penyokong Pas hampa dengan janji Pas untuk membantu membaiki atau membina rumah baru penduduk miskin yang tidak ditunaikan sebaliknya mereka mendapat pembelaan daripada Kerajaan Pusat.

"Kewibawaan untuk membela nasib rakyat sudah mampu dinilai oleh rakyat. Pas tidak sepatutnya diberi mandat untuk terus mentadbir Kelantan pada masa akan datang," katanya.

Seorang lagi penyokong Pas, Jusoh Hamat, 63, dari Kampung Kubang Telaga berkata, dia selama 40 tahun bersama Pas tetapi kini mengambil keputusan untuk menarik seberapa ramai ahli keluarga dan jirannya membantu UMNO mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang.

"Saya rasa tertipu sejak sekian lama menyokong sebuah parti yang gagal membela kebajikan rakyat miskin secara adil dan menyeluruh," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Kelantan boleh berubah, belum terlambat...

Muhammad Salman said...

molek ore bachok ni

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...