PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, November 11, 2011

INIKAH MAKNA SEKSUALITY MERDEKA..??


Inilah perkara paling menakutkan para Ibubapa jikalau terjadi dalam kehidupan seharian mereka. Boleh menjadi sejarah hitam sebuah keluarga, yakni sudah pasti akan mendapat malu terhadap jiran-jiran sekeliling mereka sekeluarga. 

Bukan agama saja melarang perhubungan begini, malah maruah sebuah keluarga akan tercemar oleh perlakuan anak-anak yang engkar terhadap kedua Ibubapa mereka. Adakah ini maksudnya kebebasan "Seksuality Merdeka", lakukan perhubungan dahulu dan akhirnya tampil meminta maaf kepada keluarga terlibat..??

Adakah "Seksuality Merdeka" memberi keinsafan terhadap individu yang terbabit dengan gejala songsang yang biasa dilakukan sebelum ini..?? Keinsafan yang bagaimana dan kebebasan yang bagaimana ingin dicari oleh kumpulan terlibat..??

Paling penting, kebahagiaan ataupun kegembiraan yang bagaimana ingin dicari dalam perhimpunan "Seksuality Merdeka"..?? Sedarkan mereka ataupun memaafkan golongan ini..??

Bukankah minta maaf dengan Allah swt adalah lebih baik bagi yang beragama Islam tu...??


GADIS LARI BERSAMA PENKID MINTA MAAF

JOHOR BAHRU: “Yoyot memaklumkan yang dia hanya makan makanan ringan dan minum air saja untuk dua hari sebaik tiba di Klang, Selangor bagi mencari kerja.

“Pada masa sama, rakan yang mahu mencarikan Yoyot kerja turut memintanya kembali ke pangkuan keluarga selepas beritanya melarikan diri bersama pengkid tersiar di Harian Metro,” kata Kamariah Abu Bakar, 56, semalam.

Yoyot atau nama sebenarnya, Juli Bibi Amirriah Amir Khan, 19, dipercayai melarikan diri bersama teman pengkid pada 1 November lalu dari kediaman keluarganya di Taman Megah Ria, Masai di sini.

Menurut Kamariah, Yoyot bersama pengkid terbabit yang dikenali sebagai Norliza atau Is, 23, pulang semula ke rumah sehari sebelum Aidiladha. Katanya, Yoyot dan Is memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

“Yoyot turut memaklumkan dia menangis kerana tidak makan dan menyesal dengan perbuatannya. Dia mengatakan tidak dapat membeli makanan kerana kehabisan wang selepas membeli tiket bas untuk ke Klang,” katanya.


- SUMBER
KLIK DISINI

3 comments:

Anonymous said...

kan ke bagus kalau biar mati kebulur je budak yoyot ni..

Anonymous said...

Ish, perkara kecik jer tu. Tak payah nak ajar dia tentang moral atau agama.. ajar dia pakai tudung dah cukup

GotYou! said...

Diorg fikir bila dah pakai tudung tertudung akhlak tertudung bontot ye dak? Pakai tudung memang mulia tapi tudung tanpa akhlak phewwww amat merbahaya!

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...