PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, November 11, 2011

SEMUA RAKYAT TAHU KENAPA ANWAR TANGGUHKAN KES LIWAT..!!!



Apa yang sudah terjadi dengan peguam bela Anwar, tak buat "HomeWork" ke..?? Senang je peguam bela Anwar memberikan jawapan masih tidak menyiapkan lagi Transkrip Nota Prosiding kes liwat. Begitu senang memberikan jawapan sedemikian, tetapi sebenarnya rakyat sememangnya dah tahu sikap melengah-lengahkan kes liwat tu.

Jikalau boleh peguam bela Anwar nak tangguhkan sampai tibanya pilihanraya, agar Anwar semakin terselamat dari hukuman yang sememnagnya dah dibuktikan Anwar terlibat dengan gejala songsang tersebut. Lagi Anwar melambat-lambatkan kes liwatnya, lagi la nampak benar beliau bersalah.

Berani kerana benar, kalau dah berdolak dalih tu, rakyat semuanya tahu apa maknanya. Peguam bela Anwar memang sengaja cari jalan memperlambatkan kes liwat Anwar kerana "Bamboo River" dah melambai-lambai tuannya.

Kalau takda angin masakan pokok bergoncang, ini bukan bergoncang lagi tetapi kaki Anwar yang dah bergoncang menggeletar ketakutan. Itu sebab dilambat-lambat dan di cari jalan supaya tertangguh-tangguh kes liwat dikaitkan dengan Anwar ni.

Ini belum lagi kes "China Doll" masuk mahkamah, segala bukti dah lengkap..Perrg..!!!

Masak lah kau Anwar, betul ke Anwar cakap ini fitnah..?? Kenapa ada bukti..??

Kes liwat pun ada bukti, kes China Doll pun ada bukti..!!!


Kes liwat Anwar tangguh 8 Disember

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.

Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.

Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.

Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya setelah memanggil tujuh saksi termasuk tiga pakar dari luar negara untuk memberi keterangan iaitu lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.

Anwar yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan pula memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh pada 22 Ogos lalu menyebabkan soal jawab tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 16 Mei lalu memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan ialah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu menyebabkan perbicaraan hanya bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan 26 saksi.

- SUMBER
KLIK DISINI

1 comment:

Anonymous said...

dah masuk bertahun kes ni, kalau boleh cepatkan prosiding court, dan nak lebih gentleman jangan masuk kandang kambing yg tak payah di soal siasat tapi masuk kandang yang terbuka supaya kita dapat lihat bagaimana beliau menjawab dan menangkis pendakwa raya, LET SEE WHO'S SMARTER! dan jangan selalu buat prosiding yang tertutup because thats not COOL, it shows you are coward, Ok now be brave! c'mon!

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...