PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, October 24, 2011

KARPAL SINGH : LIM GUAN ENG BOLEH DIPENJARAKAN....!!!



Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.


LGE MINTA AMPUN KETAKUTAN

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.

"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.

“Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,”katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang.

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai seorang pejuang takkan dia takut? Dia pernah dipenjarakan kerana mempertahankan seorang anak gadis.
Sekarang demi penduduk Kampung Buah Pala dan janji-janjinya kepada mereka tak sanggupkah dia dipenjarakan?

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...