PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, October 7, 2011

DATO SERI ZAHRAIN MOHAMED PESAN ANWAR SUPAYA BERTAUBAT..!!!



Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melampaui batas apabila sanggup menggadaikan maruah Islam melalui fahaman pluralisme sebagaimana ucapannya di London pada bulan Mac 2008, yang telah menyentuh isu pluralisme.

''Saya secara peribadi meminta beliau bertaubat dan insaf. Impian untuk menjadi Perdana Menteri bukan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri.

"Namun apa yang lebih penting ialah apa yang telah ditetapkan oleh JAKIM di mana baru mendapat jawapan rasmi daripada JAKIM melalui Jabatan Perdana Menteri bahawa apa yang dicakapkan oleh Anwar Ibrahim itu, ciri-ciri pluralisme ini, pihak JAKIM telah mengelarkan pluralisme ini luar daripada akidah dan syariah, maka ianya satu perbuatan yang sesat daripada agama Islam," katanya kepada UMNO-Online.

Baginya, perkara ini satu perkara yang besar dan bagi Anwar Ibrahim, kalau dia terlibat dalam ajaran atau pengikut cara sesat dari ajaran yang Islam, dia harus bertaubat dan kembali kepada ajaran yang benar.

"Jangan gunakan Islam untuk mempengaruhi rakyat dan orang ramai dengan ajaran-ajaran sesat. Beliau dianggap sebagai seorang pemimpin, bukan sahaja pemimpin Melayu tetapi juga pemimpin Islam.

"Tetapi jika dia mempraktikkan ajaran yang sesat, dia akan mengelirukan orang ramai dan rakyat yang beragama Islam khususnya. Jadi, saya menyarankan agar beliau bertaubat dan memperjelaskan maksud dia yang sebenar, saya juga bersetuju dengan YB Kulim Bandar Baharu (Datuk Zulkifli Nordin) di mana beliau mendesak JAKIM, kalau ada ciri-ciri ajaran sesat, JAKIM harus ambil tindakan," ujarnya lagi.

Tegasnya ia boleh disamakan sebagaimana JAKIM ambil tindakan terhadap ajaran Al-Arqam, sebagaimana ajaran Ayah Pin di mana satu tindakan tegas telah diambil.

Sekiranya didapati Anwar terlibat dalam isu pluralisme yang dianggap sesat, beliau bersetuju JAKIM ambil tindakan terhadap Anwar.

"Orang ramai, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar sekarang sudah tersepit dan apa yang dilakukan oleh beliau adalah satu tindakan terdesak, sebab itu kita sebagai orang ramai harus mengetahui dan memahami apa sebenarnya perjuangan Anwar Ibrahim.

"Dia nak jadi Perdana Menteri, agama dia boleh tolak, bangsa dia pun dia boleh tolak. Sebab itu kita harus peka dan sedar", ujarnya. -MediaUMNO

1 comment:

Unknown said...

Anwar ni, bila la nak insaf... Xda gunanya kejar kuasa sampai tergadai maruah Islam....

Mahfuz Omar - Jaguh Kg Bharu Yg Tolol bin Bahlol. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...