PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, October 23, 2011

ANWAR MEMBOHONG LAGI...!!!



Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa 92 peratus daripada 310 projek pembangunan di Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin belum dilaksanakan adalah pembohongan terbaru Ketua Pembangkang itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang bertanggungjawab memantau kesemua projek berkenaan berkata, dakwaan Anwar tidak benar sama sekali kerana sehingga 20 Oktober lalu, 74 peratus atau 228 daripadanya telah siap dilaksanakan.

"Hanya 41 atau 13 peratus projek belum bermula manakala baki 41 lagi sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Selain itu, 95 peratus daripada projek-projek berkenaan dibuat secara tender, bukannya empat peratus seperti yang didakwa Anwar," katanya pada sidang akhbar khas bagi menjawab dakwaan tersebut.

Portal berita propembangkang, Malaysiakini Khamis lalu melaporkan kenyataan Anwar bahawa kerajaan Barisan Nasional menabur janji palsu berhubung projek pembangunan di Sarawak kerana 92 peratus projek bernilai RM2.3 bilion yang diumumkan dua pemimpin tertinggi itu masih belum dilaksanakan.

Pemantauan terhadap pelaksanaan kesemua projek tersebut dilakukan dari semasa ke semasa menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Projek Khas dan Walkabout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang diketuai Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

"Urus setia jawatankuasa khas ini terdiri daripada kakitangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan kami telah mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang timbul.

"Sebanyak tujuh mesyuarat diadakan setakat ini diikuti tindakan susulan seperti program turun padang dan melawat bahagian yang terlibat seperti Sri Aman, Betong dan Kapit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata, tender pembinaan Hospital Sri Aman yang baru akan dikeluarkan tidak lama lagi manakala pelaksanaan projek bernilai RM200 juta itu dijangka bermula awal tahun depan.

"Sementara itu, pembinaan Jambatan di Batang Sadong dan dua batang jalan raya di Marudi dan Belaga oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menerusi program Jiwa Murni juga sedang giat dilaksanakan," katanya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...