PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, September 4, 2011

VIDEO NI MENGESAHKAN CUMA MAT SABU SAJA BELUM MERDEKA..!!!




Mohamad Syabu seolah-olah tidak menghargai pejuang sebenar sebaliknya mengagung-agungkan pengganas komunis. Apakah ibu dan adik makcik yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong dianggap sebagai pengganas?”

Demikian luahan Jamilah Abu Bakar, 65, anak perempuan Konstabel Marin 37, Allahyarham Abu Bakar Daud yang terlibat dalam tragedi di Balai Polis Bukit Kepong, yang diserang 180 komunis pada 23 Februari 1950.

Beliau tidak puas hati apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengangkat pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar.

“Dia tidak rasa situasi sebenar kejadian tersebut. Makcik yang mengalaminya masih trauma dan terngiang-ngiang bunyi tembakan senapang.Makcik tak mahu peristiwa hitam tersebut berulang kembali.,” katanya ketika ditemui di Taman Skudai Kanan, semalam.

Jamilah yang baru berusia empat tahun ketika itu sedang tidur bersama ibunya, Fatimah Yaaba, adik lelakinya, Hussin yang masih bayi serta bapanya, sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan bertalu-talu.

“Kami tersedar dan rasa amat terkejut. Ayah terus mengambil senjata dan membalas tembakan komunis,” katanya. Jamilah berkata, komunis menembak ke arah berek kelamin yang menempatkan beberapa keluarga termasuk dia sekeluarga.

“Ibu dan adik terkorban terkena tembakan komunis Makcik turut cedera apabila terkena peluru sesat, kesannya masih ada sehingga sekarang,” katanya dalam nada sebak.
Jamilah berkata, ayahnya terselamat apabila terjun ke sungai untuk mendapatkan bantuan orang kampung.

“Kesannya ayah terlantar sakit hampir setahun. Ayah turut trauma hingga kadang-kala menyorok apabila mendengar bunyi tembakan. “Arwah meninggal dunia pada tahun 1979 pada usia 58 tahun akibat barah hati,” katanya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...