PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, September 20, 2011

DNA DALAM DUBUR PENENTU NASIB ANWAR "CHINA DOLL"..!!!



Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, pakar kimia yang menjalankan ujian DNA terhadap sampel diperoleh daripada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengenal pasti DNA ‘Lelaki Y’ dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah yang salah dan tidak mematuhi garis panduan ditetapkan dalam penemuan mereka.

Pakar DNA Australia, Dr Brian Leslie McDonald, berkata ia disebabkan dalam setiap ujian yang dilakukan Saintis Forensik Dr Seah Lay Hong dan Ahli Kimia Nor Aidora Saedon berdasarkan kepada andaian semata-mata kerana mereka hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pihak polis.

Dr McDonald berkata, andaian yang dibuat Dr Lay Hong dalam setiap aspek ujian dilakukannya dengan menyatakan mana-mana kesan air mani diperoleh daripada sampel milik ‘Lelaki Y’ manakala Nor Aidora pula mengandaikan dalam ujiannya terdapat hanya satu penyumbang profil DNA dan mereka mengabaikan sebarang tanda penyumbang lain.

Katanya, mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut apabila mendapati terdapat kewujudan allele 18 pada graf electropherogram bagi mengesan kewujudan profil DNA kerana berkemungkinan terdapat profil DNA penyumbang lain, tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan peguam Anwar, Ramkarpal Singh saksi itu memberitahu mahkamah dengan mengabaikan penemuan itu tanpa menjalankan ujian lanjut, ada kemungkinan mereka tidak dapat mengetahui sama ada ia berasal daripada sumber yang sama atau milik individu lain.

Katanya, ia disebabkan setiap profil DNA mengandungi sel sperma dan bukan sperma sekali gus penting untuk menjalankan proses pengasingan berulang kali bagi memastikan hanya sel sperma yang diperoleh.

Ditanya sama ada melalui keterangan yang dikemukakan di mahkamah, pihak pendakwaan berjaya membuktikan DNA ‘Lelaki Y’ berasal daripada air mani, beliau menjawab: “Tiada bukti yang membolehkan pendakwaan merumuskan demikian.”

Ramkarpal juga turut membangkitkan persoalan berhubung kewujudan DNA asing yang ditemui pada bahagian luar dubur Mohd Saiful, dan dalam keterangan sebelum ini, Dr Lay Hong berkata ia mungkin berpunca daripada pencemaran tetapi menafikan ia berlaku di Jabatan Kimia Malaysia.

Ditanya Ramkarpal sama ada pencemaran itu berlaku ketika sampel berkenaan dikendalikan oleh pihak polis, Dr McDonald berkata “Saya tidak boleh menyatakannya kerana tidak mempunyai sebarang dokumen berkaitan.”

Sementara itu Dr McDonald berkata, keterangan Dr Lay Hong sebelum ini yang menyatakan bahawa sampel calitan sperma diambil dari dalam dubur Mohd Saiful diperoleh dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan, adalah tidak konsisten dengan sejarah kes liwat itu.

Sehubungan itu, katanya, penting untuk mengetahui dengan terperinci dari sumber mana sampel diperoleh kerana tiada bukti yang menunjukkan Dr Lay Hong sendiri mengenal pasti maklumat berkenaan dan merekodkan perkara itu secara bertulis.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...