PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, September 17, 2011

ANWAR MENANGIS SETIAP KALI MENYAMBUT HARI MALAYSIA..!!!



Sewaktu semua orang bergembira menyambut kedatangan Hari Malaysia, Anwar pasti menangis kerana pembohongannya yang mengatakan "We have the number" kononnya hari ulang tahun yang disambutnya dalam mimpi ngeri setiap 16 September.

Pembohongan yang tak menjadi kenyataan, tetapi menjadi hari bersejarah buat semua rakyat Malaysia apabila menyambut kedatangan 16 September. Menangis tersedu-sedu Anwar mengenangkan pembohongan yang dicanang, akhirnya tertipu juga semua ahli kelab pakatan haram dibuatnya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan 16 September 2008 sebagai tarikh yang telah menyedarkan rakyat Malaysia mengenai pembohongan pakatan pembangkang.

Katanya, beliau sendiri amat bersyukur apabila diberi kesedaran oleh Allah mengenai pembohongan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah teman disedarkan Allah mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana Allah merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terfikir akan berlaku, bila mana dengan ketentuan Allah, teman dimufaraqahkan (diasingkan) dari pakatan pembangkang kerana mempertahankan kalimah Allah! Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah!,” katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Sebenarnya rakyat Malaysia khususnya umat Islam patut bersyukur apabila peristiwa 16 September 2008 terjadi kerana ia telah mendedahkan politik pembohongan dan putar belit pakatan pembangkang yang menghalalkan cara hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk di Putrajaya.

“Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. Allah menelanjangkan politik kotor mereka,” katanya.

Katanya, tarikh itu juga telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan spesies kaum yang mampu berbohong dan memutar belit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit.

Dengan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar belit demi putar belit selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah iaitu matlamat menghalalkan cara berteraskan pembohongan dan putar belit.

Kumpulan seperti itu wajar ditentang habis-habisan kerana sanggup menggadaikan agama sendiri seperti ‘menjual’ kalimah Allah, sanggup memajak anak isteri melalui amalan bai‘ah talak tiga dan memutar belit sejarah negara dengan menyanjung komunis.

Rakyat Malaysia wajib menolak politik kotor seperti itu dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa politik rakus tersebut.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...