PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, September 14, 2011

500 ORANG CARI MAD SYABU..!!!



Lebih 500 penduduk berhimpun di Bukit Kepong di sini hari ini bagi membantah kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mempertikai perjuangan pasukan keselamatan negara dalam peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Para penduduk yang lengkap dengan sepanduk serta kain rentang yang mengecam tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu berkumpul di hadapan tapak sejarah Balai Polis Bukit Kepong sebelum berarak ke pekarangan gerai Majlis Perbandaran Muar (MPM) Bukit Kepong.

Mereka kemudiannya menjayakan Majlis Semarak Merdeka Parlimen Pagoh yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pagoh, Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor, Biro Penerangan UMNO Bahagian Pagoh dan penduduk kampung mukim Bukit Kepong.

Terdahulu, laporan polis bagi mengecam kenyataan Mat Sabu itu dibuat oleh waris keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, wakil penduduk Bukit Kepong dan wakil Persatuan Bekas Tentera Cawangan Muar di Balai Polis Lenga.

Hadir sama mengiringi mereka membuat laporan polis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Mohd. Salleh, Senator Noriah Mahat dan Senator Mohamed Ezam Mohd. Nor.

Menurut Tahir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, tiada siapa boleh menafikan fakta sejarah mengenai perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang menentang pengganas komunis bagi memelihara keamanan negara.

Katanya, sejarah kemerdekaan negara yang dipelopori oleh UMNO juga tidak boleh dipertikai kerana parti itu telah membawa negara mencapai kestabilan, keamanan serta kemajuan.

“Hari ini perjuangan bangsa cuba dinafikan pembangkang untuk meraih sokongan sehingga tergamak memadam sejarah perjuangan negara semata-mata untuk mendapatkan undi,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Kata Tahir lagi, kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu itu sememangnya menampakkan pemimpin Pas tersebut sebagai dungu sejarah dan semua pihak perlu bangkit untuk menyatakan bantahan supaya sejarah negara tidak cuba dipadamkan sewenang-wenangnya.

Dalam Majlis Semarak Merdeka yang diadakan hari ini, pelbagai pengisian dilakukan termasuk pantomin peristiwa Bukit Kepong, pameran peristiwa Bukit Kepong dan ceramah umum oleh Mohamed Ezam.

Program tersebut diadakan dengan matlamat menyemarakkan semangat patriotik dan mengenang perjuangan anggota pasukan keselamatan bagi mempertahankan kemerdekaan negara sehingga ramai yang terkorban.

6 comments:

C L J said...

Orang Bukit Kepong ni tak tahu sejarah Bukit Kepong kot. Kena tanya orang Kuala Syabu lah kalu nak tahu.

Anonymous said...

tuan blog ambil artikel dari akhbar, tapi tak bagi rujukan dari akhbar mana. tak rasa bersalah ke? atau nak kena tindakan undang2?

Anonymous said...

any 8.11..
penting ker dr akhbar mana, yang penting..cerita apa....unless ko memang dr akhabr tersebut dan nk mintak royalti..hahaha..

Anonymous said...

Anon 8:11
Kenapa nk rasa bersalah jikalau berita yg nk disampaikan tidak ditokok tambah, macam berita Haramkah.

Anonymous said...

sekurang2nya, berila kredit pada akhbar dan tuan artikel. sudah la copy paste, hak cipta tuan punya tak peduli langsung. Inikah sikap orang melayu kita? sungguh kurang sopan. Mana adab berblog?

Unknown said...

KAN DAH TULIS DALAM BLOG DI RUANGAN - SUMBER BERITA UTAMA

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...