PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, August 16, 2011

SUMBANGAN NAJIB SETIAP KALI MENJELANG RAMADHAN





Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM155,000 bagi pengurusan masjid dan surau di seluruh Parlimen Pekan sepanjang bulan Ramadan ini. Peruntukan tersebut membabitkan 56 masjid dan 166 surau bagi empat Dewan Undangan Negeri iaitu Bebar, Pulau Manis, Peramu Jaya dan Chini.

Sumbangan tersebut merupakan acara tahunan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali bulan Ramadan.

"Bagaimanapun, pada tahun ini sumbangan meningkat iaitu sebanyak RM1,000 bagi sebuah masjid berbanding RM500 tahun lalu manakala surau naik daripada RM200 menjadi RM600," kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Mohamad selepas menyampaikan sumbangan kepada imam dan pengurus masjid serta surau di sini semalam.

Dengan sumbangan tersebut setiap masjid dan surau dapat menjalankan aktiviti bagi mengimarahkan institusi berkenaan. Pentadbir masjid dan surau disarankan memanfaatkan sumbangan itu dengan sebaiknya terutama untuk menarik umat Islam mendekatkan diri dengan masjid dan surau.

"Mereka juga perlu menjaga kebersihan dan keceriaan masjid serta surau supaya ahli kariah dapat beribadat dengan selesa dan teratur," jelas Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar.

1 comment:

AiSyah haSanah said...

Alhamdullilah!!

semoga ramai lagi yang memberi sumbangan kepada golongan yang perlu..

kita pon boleh mmberi sumbangan kerana sikit pon sedekah jugak..

banyakkan bersedekah au!!

salam perkenalan..I like ur blog!!

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...