NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, August 12, 2011
PAS SEDANG KACAU BILAU BERTELAGAH SESAMA SENDIRI..!!!
Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan "Pro Anwar", tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.
Lebih menambahkan kemarahan kumpulan "Pro Anwar" apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.
Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud yang tersirat.
Selepas Hasan Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas "Pro Anwar" ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pula.
PAS sudah mula bersandiwara dalam permainan politiknya sekarang, tak boleh nak tegas mahupun berkeras memperjuangkan agama islam untuk menegakkan kebenaran. adakah ini yang dimaksudkan PAS bebas beragama..??
Orang Islam boleh sesuka hati masuk atau keluar gereja tanpa sebab yang munasabah, seperti bebas keluar masuk PUB dan DISCO je bunyinya..!!!
Dulu PAS cakap nak melarang orang Islam bekerja di PUB dan DISCO yang menjual arak tetapi tarik balik apabila disergah DAP.
Lepas tu PAS dah pernah merampas arak tetapi pulang balik sebab DAP berdehem lagi, kali ni pula isu yang amat membimbangkan iaitu isu Murtad di gereja. PAS nak jadi apa pun tak tahulah, mungkin jadi Boneka ataupun Maskot saja kot..!!?
Soalan emas buat PAS, jikalau benarlah Anwar tu memang bersalah kerana "Main pungkok" la, agaknya apalah nak jadi dengan PAS..?? Sedangkan Nabi pun tak mengaku umat...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...


No comments:
Post a Comment