PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, August 9, 2011

PAS SAMAN POLIS DAN KERAJAAN MALAYSIA...!!!



Dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub semalam, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Kerajaan Malaysia dan dua pegawai polis berhubung penahanan mereka ketika per-himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, 2 pegawai polis turut dinamakan sebagai defendan, Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Mahfuz berkata, tuntutan dibuat melibatkan ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada semua defendan berikutan tangkapan ke atas mereka didakwa menjatuhkan imej sebagai wakil rakyat dan tangkapan di KL Sentral salah kerana ia bukan tempat larangan.

”Kami tidak pernah lakukan apa-apa kesalahan,. Juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak ambil keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang,” kata mereka.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan pihak menahan mereka berdua memalukan. “Tangkapan ini memberi gambaran salah terhadap kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

“Selain itu, kami juga mahu faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif atau perintah difikirkan perlu oleh mahkamah,” katanya.

Mahfuz berkata, jumlah saman akan dibincangkan dengan peguam mereka, Zulhazmi Shariff dan kemungkinan tidak kurang daripada RM1 juta.

Dalam writ yang dikemukakan, pada 9 Julai lalu, kira-kira jam 11.50 pagi, ketika dalam perjalanan ke Hotel Hilton melalui KL Sentral, Mahfuz dan Salahuddin ditahan pegawai polis iaitu defendan terlibat bersama anggota polis lain tanpa sebarang alasan.

Agaknya mereka ni lupa kot sebab telah dilarang oleh pihak berkuasa iaitu pada tarikh tertentu ahli parlimen yang tersenarai namanya supaya tidak menghadirkan diri pada perhimpunan tersebut.
Manusia lah katakan, lagi dilarang, bahan terlarang tu juga dia orang nak buat contoh kes khalwat yang melibatkan pemimpin PAS yang kuat-kuat agama lak tu.

Maklumlah banyak lebai-lebai kahwin kadang-kadang tu sampai terlebih syarat sehingga 9-10 orang isteri, dah terbukti banyak kes yang wujud dan disahkan benar. Kalau ikut PAS pula siapa yang kahwin 2-4 isteri akan diberi elaun, kan hebat tu...!!!

Orang-orang perempuan pasti suka dengar berita ini...!!?

6 comments:

Anonymous said...

Apa jenis manusia ni...dah buat salah tak mahu mengaku pulak... sepatutnya dia bersyukur pd. Tuhan dan berterima kasih pd polis kerana polis hanya tahan mereka aje...tak buat ape2...Macam melepas anjing tersepit...Dah pokai sgt ke hingga nak dpt duit jln mudah...

Anonymous said...

Nanti bila menang sudah pasti akan jadi orang kaya baru lah. Duit itu nanti akan diberi anak beranak mereka makan, jadi darah daging, sebab itu keturunan mereka akan jadi keturunan yang bengap.

Anonymous said...

SePatutnya POLIS dan Kerajaan Malaysia yang SAMAN mereka sebab telah diberitahu oleh Polis dan DYMM Yang DiPertuan Agung supaya jangan jadi gengster jalanan tetapi masih degil juga.

Nak jadi hero tak bertempat.

Anonymous said...

Apa nak susah... nanti Hisham bole bayar maaa...

Anonymous said...

“Selain itu, kami juga mahu faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif atau perintah difikirkan perlu oleh mahkamah,” katanya. >> makan riba kan haram??

Anonymous said...

Ini lah yang dipanggil rompakan cara baru, merompak duir kerajaan (duit rakyat) dengan membuat saman kepada kerajaan.

warga sebelum merdeka

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...