
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, August 11, 2011
BN DALAM KEADAAN BAIK, PM JANGAN SALAH PILIH PEMIMPIN...!!!
Bahang Pilihan Raya Umum dikatakan sudah mula dirasai apabila siri menjelajah seluruh negara giat dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malahan, di belakang tabir, parti-parti politik mula menyusun strategi untuk menarik sokongan pengundi baik parti pemerintah mahupun pembangkang. Tidak timbul soal sama ada sudah bersedia ataupun tidak tetapi lebih untuk memenuhi semangat PRU kerana Februari hingga Mac 2012, barangkali akan menjadi penentu.
Ini kerana wujud pelbagai tafsiran dan terjemahan ke atas setiap ungkapan dan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional itu sehingga kesemuanya dikaitkan dengan lingkaran PRU.
PRU yang Ke-13 merupakan yang pertama akan dikemudi oleh Najib sejak mengambil alih tadbir-urus negara pada April 2009. Ia sekali gus menunjukkan mengapa PRU ini penting bagi kesinambungan kepimpinan beliau dan BN. Lantaran itu, Najib berusaha melengkapkan agenda pemerintahan apatah lagi telah turut melihat kesan baik-buruk beberapa Pilihan Raya Kecil sehingga kini.
Percaturan pemilihan calon akan menampakkan pembaharuan dalam BN. Ia tidak lagi boleh bercirikan konvensional tetapi memperihalkan ciri-ciri 'calon menang' pengundi dan bukan yang diuar-uarkan oleh parti akan menang berakarkan kepada konsultansi pelbagai pihak termasuk rakyat.
Konflik sesama rakan komponen BN sudah pasti mahu dielak jika sekiranya calon yang dinamakan oleh parti dianggap sukar menang berdasarkan kepada sumber yang diperolehi oleh Pengerusi BN. Adakah parti bersedia untuk berkompromi dan berkorban dalam misi hidup-mati BN dalam PRU akan datang..???
Ini kerana model politik baru asasnya adalah kepada hak dan tanggungjawab. Ia melibatkan tanggungjawab pemimpin dalam memain peranan sebagai 'pemimpin' dan mempertahankan hak masyarakat umum supaya tidak dilihat tidak beramanah dan berakhlak dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Kesilapan dalam pemilihan calon sebagaimana yang dilihat di PRU Ke-12 dan PRK tidak boleh berulang. Calon yang digemari oleh pengundi wajar diberi keutamaan dan bukan yang disukai oleh kepimpinan atasan parti. Yang sedia ada boleh mengukur kedudukan masing-masing kerana ini masanya untuk meletakkan kepentingan parti dari diri.
BN wajib bergerak sebagai '1 Pasukan, 1 Matlamat' barang siapa calon sekalipun; gurkha di peringkat bawahan mesti diingatkan untuk bersifat realis dan bukan idealis lagi. Kesetiaan kini bukan 'fix deposit' BN.
Strategi bermula dengan penampilan calon. Gagahi calon dengan merangka strategi yang bersesuaian termasuk membina kerangka imej dan memahami cabaran PRU yang diwarnai dengan persoalan 'politik angka'.
Sama ada PRU akan diadakan pada bila-bila masa ataupun pada awal tahun hadapan, calon perlu sentiasa pada bila-bila masa agar misi hidup atau mati ini menjadi aspirasi mempertahankan masa depan parti.
PRU-13: Siapa calon-calonnya?
PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Memang tak berkenan betul dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang sepatutnya digelar Mat Sapu kerana main bedal ikut sedap mulutn...
-
Tan Sri Jins Shamsuddin berkata telah membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu,...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Video dibawah sekadar untuk mengingatkan kembali sejarah silam Anwar yang penuh dengan Konspirasi ciptaannya sendiri setelah beliau dibu...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
No comments:
Post a Comment