PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, July 25, 2011

SISTEM BIOMETRIK JAUH LEBIH BAIK DARI PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL..!!!


Sistem Biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengesahkan identiti individu, ia juga digunakan bagi sistem passport, Sistem Biometrik Pengesanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Biometric Fingerprint Indentification System (BIOFIS) untuk mengesan penjenayah.



Terdapat juga agensi yang menggunakan biometrik untuk akses keluar masuk bangunan pejabat. Diperingkat Global, penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.

Teknologi cap jari menggunakan imej optik untuk mengenal pasti melalui "Pattern Matching". Imbasan cap jari individu akan dibandingkan dengan templat didalam sistem. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi dimana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.



Sistem biometrik juga menggunakan ciri tangan yang berbeza secara 3 dimensi termasuk panjang, luas ketebalan corak jari, urat dan ciri-ciri lain. Aplikasi sistem biometrik telah lama bertapak diluar negara dan ia masih baru di Malaysia.

Bagaimanapun aplikasi sistem biometrik telah diaplikasikan didalam pelbagai bidang antaranya :

1. Pusat Pemulihan
2. Kawalan Sempadan
3. Pengenalan Penjenayah
4. Pemeriksaan latar belakang jenayah
5. Pengenalan bergambar
6. Lesen memandu

Kebaikan Sistem Biometrik dalam Pilihanraya di Malaysia.

1. Indentiti pemilih adalah berdasarkan MyKad yang membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imegresen.

2. Sistem lebih dipercayai kerana pengesahan melalui cap jari perlu selari dengan maklumat pada MyKad.

3. Sebelum pemilih dibenarkan mengundi, akan dipastikan pemilih dalam senarai daftar pengundi SPR.

4. Meneglakkan pengundian dua kali dan dakwaan pengundi hantu.

5. Memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.

6. Wakil parti politik dan ejen calon bertanding akan dibenarkan berada dipusat mengundi untuk memantau keseluruhan proses itu.

7. Sistem lebih efektif berbanding penggunaan dakwat kekal.

Kegunaan dakwat kekal ataupun "indelible ink" ini banyak digunakan seperti negara yang banyak ketinggalan zaman seperti negara India dan Bangladesh. Adakah salah jika Malaysia meninggalkan cara "Kuno" yang dicadangkan oleh pihak pembangkang..??



Ataupun pihak pembangkang takut akan penggunaan sistem biometrik yang lebih canggih untuk mengesah individu dari mengundi dua kali, dan secara tak langsung dapat menghindari pengundi hantu yang dimaksudkan oleh pihak pembangkang.

Adakah 4 negeri yang dijajah oleh kerajaan pembangkang menggunakan "Pengundi Hantu" untuk menang..??  Kenapa puak pembangkang takut sangat ia dilaksanakan..??





2 comments:

Anonymous said...

masalah "cip", senang je...tukar je kepada kad pengenalan yang baru..
sekejap je siap...kan senang dan mudah.

Anonymous said...

Saya selaku rakyat Malaysia dan pengundi yang berdaftar, mencadangkan SPR menyambungkan “pembaca kad biometric” disambungkan kepada sebuah monitor besar atau skrin besar di setiap saluran mengundi.
Melalui kaedah ini, semua wakil calon dan pegawai pihanraya dapat melihat semua maklumat yang tertera di dalam kad tersebut.
Kaedah ini dapat dirasakan lebih telus dan dapat mengelakkan SPR dari dituduh tidak telus. Biarlah SPR mengeluarkan lebih belanja untuk menggunakan monitor besar atau skrin besar daripada SPR ditohmah, dihina dan dikutuk kerana tidak telus.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...