PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, July 5, 2011

PSM BUAT PERHIMPUNAN HARAM LAGI DEPAN IBUPEJABAT POLIS


Kira-kira 50 individu mengadakan perhimpunan aman dan menyalakan lilin di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi menuntut polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka mula berhimpun sejak 8.15 malam dan antara yang hadir termasuk kaum keluarga enam aktivis terbabit, ahli politik, anggota Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan anggota Lawyers for Liberty.

Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim berkata pihaknya telah pun menyerahkan bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perkara ini dan memohon kerjasama polis agar kesemua enam aktivis itu dibebaskan.

Kumpulan itu bersurai secara aman kira-kira setengah jam kemudian.

Keenam-enam anggota PSM yang ditahan itu, termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

Polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Kumpulan ni agaknya dah bodoh terhadap undang-undang sebabnya bukannya mereka tidak tahu yang ahli-ahli PSM itu ditahan oleh kerana membuat perhimpunan haram yang ditegah oleh pihak berkuasa.

Inilah pembalasan jika engkar dengan arahan pihak polis, pasti akan ditangkap dan ditahan untuk disiasat dan diambil keterangan daripada mereka ni.

Langkah tersebut perlu dan diambil kerana ingin mengekalkan keamanan yang ada di Malaysia ni, kerana mereka ni dah dipercayai sudah diresapi oleh pengaruh negara luar yang inginkan Malaysia hancur dan kelam-kabut agar rakyatnya berpecah belah diantara satu sama lain.

Hanya pihak berkuasa saja yang boleh mengekalkan keamanan dan kesejahteraan diantara masyarakat diMalaysia ni, tetapi bukanlah pada pihak pembangkang yang sering dan selalu menyusahkan pihak berkuasa mengawal tindak-tanduk mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Inilah yang mereka hendak sebenarnya, PUBLISITI..pedulikan je, jangan hiraukan. Biar mampus semuanya.

Anonymous said...

Tahan mereka selama mana dibenarkan undang-undang. Sudah sampai masanya Polis kena bertegas dlm menjaga keamanan negara. Kita tidak boleh berkompromi dgn hal-hal keamanan dan keselamatan negara.

Anonymous said...

lepas ni ambiga dan puak fuckatan mesti masuk campur. nuar jubur cari kesempatan nak tangguh kes. percayalah

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...