NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, July 19, 2011
NIK AJIS LEBIH BAHAYA DARI KOMUNIS..!!!?
Menteri Besar, N.Ajis dinasihat doktor berehat di wad, mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tok Guru supaya berehat di wad.
Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan itu turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi.
“Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.
Sementara itu, peneroka di Gua Musang dan Kuala Krai yang bakal kehilangan tanah, mendesak N.Ajis supaya berpegang kepada 'fatwanya' iaitu tanah di negeri itu halal untuk diterokai, kerana ia bukannya hak kerajaan Pas Kelantan.
Menurut peneroka, kenyataan itu dibuat 21 tahun lalu ketika Nik Abdul Aziz melawat Gua Musang iaitu sebaik sahaja Pas menawan Kelantan tetapi kini, pendirian parti itu jauh berbeza dan lari dari landasan asal apabila 400 hektar tanah yang sudah diusahakan peneroka dijual kepada tauke Cina tanpa sebarang rundingan.
Seorang peneroka, Hussin Deraman mendakwa, N.Ajis memberitahu penduduk hanya dua sahaja tanah yang tidak boleh diterokai, iaitu satu di Mekah dan satu lagi di Madinah, tetapi selepas puluhan tahun mengusahakan, kini mereka dilabel sebagai peneroka haram.
Menurut Hussin, beliau sendiri mengalami nasib malang itu apabila tanah yang diusahakan sekian lama, tiba-tiba diserahkan kepada pemilik lain oleh wakil kerajaan Pas Kelantan, dengan menggunakan pelan sukat tanah yang dibiayai para peneroka sendiri.
"N.Ajis kata tidak ada tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya di Mekah dan di Madinah. Tanah lain, kalau bukan rizab hutan boleh cangkul. Kalau dah cangkul, jadi milik kita," katanya seperti dilaporkan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. KLIK DISINI
Menurut Syed Azidi, beliau mendapat maklumat mengenai tindak-tanduk kerajaan Pas Kelantan itu selepas meninjau sendiri tiga blok tanah peneroka berkenaan, yang kini sedang giat digondolkan oleh pengusaha Tionghua yang berasal dari luar negeri tersebut.
Dalam pada pada itu, luahan kekecewaan sama turut disuarakan beberapa penduduk dari Kampung Serasa, Kuala Krai, selepas menyaksikan tanah yang diusahakan mereka sejak empat generasi lalu, dirampas sedikit demi sedikit oleh kerajaan Pas Kelantan mulai 2004.
Dakwa penduduk, pada 2004, kerajaan negeri mula membenarkan kayu balak dipotong dan dikeluarkan dari kawasan mereka walaupun peneroka sudah membayar deposit RM4,000, sebelum tanah itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah akademi pada 2008.
"Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ini. Bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda kita balik semula, tetapi sekarang berdepan pula dengan ancaman kerajaan negeri di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz.
"Masa ancaman komunis, kami boleh lari dan kembali semula tetapi dengan ancaman Nik Abdul Aziz, mana kami nak pergi? Dia ambil terus tanah ini bagi ke tauke Cina. Kami sudah tak boleh balik ke sini lagi," kata mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
5 comments:
Assalam,
kalau PRU13 ni Kelantan masih dijajah PAS...abis penduduk negeri pun dilelong...jadi abdi DAP..
SALAM... UNTUK ORANG KELANTAN TOLAK AJE LAH KALAU PEMIMPIN DAH NYANYOK..
FIKIR2 LAH
Dah orang kelantan mmg pro pas dulu, kini dan selamanya.. terima aje lah fatwa2 n.ajis tu.
Org kelantan cari rezeki, isi tembolok, di negeri2 BN tp byr zakat, bagi duit di Kelantan, namun Kelantan tetap mundur juga, x maju2.. mungkinkah segala zakat dan derma itu tidak BERKAT?
Satu perkara perlu dilihat. PAS dinegeri Kelantan bukannya kuat sangat, tapi BN yang LEMAH disana.
Orang-orang tua disana sudah habis disaiko otak pemikiran mereka dan memang tak boleh terima pembaharuan/kebenaran. So, let them. Ni, orang-orang muda generasi pelapis diKelantan ni, apa BN/UMNO buat supaya mereka sedar dan lebih ikhlas. Dan 44 tahun jadi ketua, masih mundur lagi....tunggu apa lagi.
kawe sero ore kelate ni tua mudo,kecik besar dah make taik palat nikky ajis penguasa syurga pas,sebab tu habis jadi tolol.
Post a Comment