NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 3, 2011
LAGI PEMIMPIN "BerSHIT" DITAHAN, BAJU "BerSHIT" DIRAMPAS..!!!
Tangkapan terkini, seramai 17 orang ahli PAS Kawasan Jasin telah ditahan di dalam operasi polis kerana membuat pengedaran baju perhimpunan "BerSHIT" di Jasin hari ini. Mereka ditahan di dalam serbuan polis selepas Seminar PAS Ganti UMNO di di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin.
Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.
Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang menghasut orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "BerSHIT" anjuran PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.
Seramai 30 orang anggota polis berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju perhimpunan yang bakal diedarkan kepada ahli-ahli PAS Jasin. Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.
Sementara itu, Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti melibatkan perhimpunan "BerSHIT".
Er berselindung dengan menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".
"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu, cuba mengelirukan orang ramai dengan hujah yang berlainan pula.
Kononnya, baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T "BerSHIT" yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.
Mereka juga menyebut bahawa kempen itu tidak ada kaitan dengan perhimpunan "BerSHIT" di Kuala Lumpur pada 9 Julai, namun tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Cuba kita lihat video diatas seorang peserta "bersih" dengan biadapnya memaki-hamun pihak berkuasa. Perempuan ini ditangkap ta...


No comments:
Post a Comment