NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 3, 2011
RONNIE DITAHAN MENGHASUT ORANG RAMAI SERTAI BERSIH..!!!
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu ditahan polis kerana didakwa menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram "Bersih", ADUN Pandamaran daripada DAP itu ditahan sepasukan polis selepas meninggalkan satu majlis ceramah di Hulu Selangor kira pukul 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan penahanan itu berkata, Ronnie ditahan selepas selesai memberikan ceramah dalam majlis berkenaan sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis IPD Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru..
Bagaimanapun, wakil rakyat DAP itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberikan keterangan di IPD berkenaan awal pagi ini. Ronnie Liu dipercayai memberikan ceramah berunsur hasutan yang mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram "BerSHIT", namun dibebaskan selepas selesai merakamkan keterangan beliau dengan jaminan polis.
Penahanan terhadap Ronnie itu dibuat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis manakala siasatan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Tun Hisan turut menyatakan bahawa polis tidak melarang mana-mana pihak untuk memakai apa jenis pakaian berwarna termasuk warna kuning, hanya melarang pemakaian pakaian yang menunjukkan lambang pertubuhan tidak berdaftar apatah lagi lambang pertubuhan yang mahu mengadakan perhimpunan haram "Bersih" yang melanggar peruntukan undang-undang negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggu...
-
Kenapalah pemikiran orang PAS ni terlalu singkat sangat pemikiran mereka, budak kecil pun lagi cerdik berfikir dari dia orang ni. Tempat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Dalam 100 kali saranan yang dibuat oleh PAS, baru kali ini la rasanya setuju sangat dengan saranan mereka ni. Pemuda PAS berharap pemantaua...
-
Dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub semalam, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, K...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...


1 comment:
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana..kalau aku kata hampa bodoh nanti hampa marah...DAULAT TUANKU
Post a Comment