NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, July 4, 2011
BIADAP..!!! RAMPAS SAHAJA PASSPORT ANWAR IBRAHIM..!!!
Kerajaan disarankan merampas passport Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat PKR itu daripada pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
Saranan itu disuarakan oleh saksi utama kes liwat ketua pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali yang mahu pergerakan Anwar disekat agar suara kecaman dan penghinaan terhadap negara tidak lagi didengar oleh masyarakat antarabangsa.
Ummi Hafilda turut mengulangi permintaan supaya Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menarik balik gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan dahulu.
Katanya, Anwar tidak layak dipanggil Datuk Seri kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan, selain terbabit dalam pelbagai isu moral yang tidak selari dengan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.
"Saya minta gelaran Datuk Seri beliau ditarik balik kerana saya tahu macam mana perancangan Anwar jika dia dapat merampas kerajaan, malah abang saya, Azmin, Timbalan Presiden PKR juga bersekongkol dengannya untuk menghapuskan sistem beraja.
"Saya juga rela kehilangan seorang abang yang menjadi darah daging saya daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sekiranya terus membiarkan Anwar berkuasa," katanya ketika berceramah pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai Acheh malam tadi.
Tambah Ummi Hafilda, pemimpin UMNO tidak perlu takut kepada Anwar kerana beliau ialah pemimpin yang kotor dengan rasuah serta salah laku seksual. Beliau mendakwa mengetahui semua perilaku buruk Anwar menyebabkan pemimpin pembangkang itu tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
"Jadi orang Pulau Pinang kena yakin yang Anwar, Azmin dan Wan Azizah akan ditalkinkan pada tahun ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Pulau Pinang akan kembali dirampas UMNO dan Barisan Nasional, jadi tak perlu gentar dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang hanya bersandiwara dengan imejnya serta menjadi pelakon terhebat dunia," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...


No comments:
Post a Comment