PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, July 25, 2011

KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIPU RAKYAT, TAK TEPATI JANJI PILIHANRAYA..!!!



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dibidas kerana sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah. Sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat. Malah, untuk skim rumah mampu milik juga hanya baru dilaksanakan kerajaan negeri (BN) di Selangor. Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.

Justeru itu, harap rakyat Selangor dapat buka mata dan akan mula menyedari mengenai perkara ini. Sementara itu, Siang Chai yang juga Naib Presiden MCA turut membidas kegagalan DAP dalam mendapatkan tapak untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Selangor.

Sedangkan katanya, MCA pada bila-bila masa bersedia membantu mendirikan sekolah di tapak yang disediakan kerajaan negeri menerusi bantuan Kementerian Pelajaran.

"Justeru, saya mahu bertanya kepada beberapa Exco Selangor termasuk Teresa Kok, di mana sumbangan mereka terhadap masyarakat Cina sedangkan isu pendidikan merupakan perkara yang penting bagi kita.

"Kita dapati mereka lebih berminat untuk mendapat undi daripada menyumbang dan membantu kebajikan masyarakat Cina," katanya.

Sementara itu, Siang Chai berkata, MCA Selangor yakin untuk memenangi 50 peratus kerusi daripada tujuh kawasan Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu pada pilihan raya akan datang.




1 comment:

Anonymous said...

Hanya yg juak2 mereka banggakan.. AIR PERCUMA.. AIR PERCUMA..AIR PERCUMA.. Lepas tu ada yg mereka banggakan, selangor antara negeri yg maju dibawah pimpinan PR.. Siap suroh check laporan audit negara..selama nie tak maju ka?

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...