PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, July 21, 2011

KENAPAKAH AMBIGA MASIH DIBIAR BER "WACANA" DI SINAR HARIAN..??



Pemerhati politik dan NGO berpendapat tindakan kumpulan pengacau, perhimpunan haram bersih meneruskan demontrasi walaupun telah diberi peluang mengadap Yang-di Pertuan Agong jelas merupakan satu bentuk tindakan menderhaka yang semakin tidak dihiraukan dizaman sekarang ini.

Penganjur penghimpunan haram jadah "Bersih" iaitu Ambiga sebagai presidennya gagal mematuhi syarat sebagai seorang warganegara Malaysia yang memahami konsep sistem Raja Berpelembagaan.

Sebagai pengamal undang-undang, Ambiga telah menunjukkan satu contoh yang buruk walaupun telah dititah oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah melalui satu titah Khas Seri Paduka pada 3 Julai melarang perhimpunan haram itu diadakan dikawasan terbuka, dan telah mencadangkan ia dibuat didalam stadium yang telah di izinkan.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga yang mahukan rakyatnya supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram sedemikian, terbukti tidak diendahkan oleh Ambiga dan sekutunya.

Sepatutnya pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap keingkaran kumpulan pengacau berdasarkan 3 perkara :-

1. Lebih 2,000 laporan polis yang telah dibuat.

2. Melalui Ordinan Darurat.

3. Menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri

Tetapi sekarang penganjurnya bebas pula ber "Wacana" di Sinar Harian, seperti telah dihalalkan oleh Sinar Harian walaupun itu adalah satu pertubuhan perhimpunan haram. Penjelasan dari penganjur Wacana Sinar Harian "Apa Selepas 9 Julai?" selasa depan menerangkan bahawa ia tiada kaitan dengan politik.



Jikalau dah bercerita tentang bab pengundian, itu bukan kaitan politik ke..?? Bukan itu agenda politik ke..?? Kita semua tahu yang perhimpunan haram bersih tu kan bermotifkan politik, diketuai oleh Ambiga, seorang peguam dan pengamal undang-undang tetapi melanggar undang-undang..!!!

Masih dibiarkan sehingga boleh ber Wacana di Auditorium Kumpulan Media KarangKraf untuk menyebarkan lagi agenda sememangnya bermotifkan politik.

Masa ni nanti kita saksikan pula pihak polis sudah pasti sekali lagi terpaksa mengawal si baju kuning daripada membuat kacau ditempat itu, ataupun yang telah dirancang oleh puak perhimpunan haram jadah bersih ini nanti.

1 comment:

Anonymous said...

aku rasa kene tgk side positif... sudah sah ia pertubuhan haram napa tak ditangkap dan didakwa... bagi akulah, ini menunjukkan apa yg geng2 Bersih kata SPR tak mahu berunding tuh dusta... sebab SPR bukan sahaja pernah berunding, malah sanggup bersemuka dengan Ambiga secara terbuka... bermakna utk Wacana ini sahaja, rakyat boleh tahu siapa kat benar dan tipu... syabas buat SPR dan Sinar Harian itu sendiri yang secara langsung menunjukkan SPR sentiasa terbuka, bukan seperti yang didakwa golongan tak bertanggungjawab...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...