PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 7, 2011

UMNO SUDAH LAKSANAKAN NEGARA KEBAJIKAN LAUNGAN PAS




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laungan terbaru Pas yang kononya hendak wujudkan negara kebajikan bukan perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Perdana Menteri berkata, perjuangan UMNO dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati rakyat sejak sekian lama.

“Perubahan slogan tagline Pas yang bukan lagi untuk wujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru, tetapi labelling baru saja,” katanya kepada wartawan Malaysia di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di sini, semalam.

Najib adakan lawatan rasmi selama dua hari berakhir esok atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan Ekonomi Islam (WIEF) ke-7 Rabu dan Khamis di mana beliau akan turut menyampaikan ucapan bersama beberapa ketua negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar Pas baru-baru ini, Najib berkata, keputusan itu terhasil kerana pemilihan Pas banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Menurutnya, ini terbukti apabila mereka telah menguar- uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan Pas melihat soal pilihanraya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam Pas.

Menjawab soalan lain, Najib berkata beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adakan mesyuarat dengan semua wakil komponen BN untuk mengenal pasti calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk biasiswa daripada kumpulan yang memperoleh keputusan rendah sedikit daripada 8A+.

“Keputusan mereka baik tetapi tak layak dapat biasiswa sama ada (lanjutkan pelajaran) di luar atau dalam negeri. Apabila saya balik saya akan buat keputusan dalam hal ini,” katanya.

- BERNAMA

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...