PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, June 5, 2011

UMNO DAN BN TETAP DIJULANG MEMPERJUANGKAN NASIB PENDUDUK


Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan bersarapan pagi 1Malaysia bersama lebih 2,000 penduduk dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Batu, di sini walaupun hujan lebat awal pagi, Ahad.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di Taman Billion Mewah pada pukul 8.30 pagi bersama isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Semasa berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin berkata hubungan NGO dan kerajaan perlu sentiasa erat bagi memastikan masalah rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan untuk diselesaikan.

Selain itu, NGO juga mesti memahami segala dasar kerajaan yang ada supaya apabila berdepan dengan orang ramai mereka dapat memahami masalah tersebut dan membawanya kepada kerajaan untuk diberi perhatian segera, katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya kerana pilihan raya.

"Kita bekerja untuk sepanjang masa kerana selagi ada rakyat yang kita perlu bela nasib mereka, maka selagi itulah kita bekerja untuk memperbaiki kehidupan mereka," katanya.

Menyentuh mengenai kawasan Batu, Muhyiddin berkata antara masalah yang dikenal pasti antaranya ialah masalah melibatkan penjaja, pemandu teksi dan mereka yang bekerja sendiri serta kemudahan yang diperlukan rakyat.

Masalah tersebut perlu diselesaikan oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), katanya.

"Saya yakin banyak program telah pun dibuat untuk menyelesaikan masalah rakyat, namun masih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan hidup mereka lebih selesa lagi pada masa sekarang, apa lagi pada masa akan datang," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek bernilai RM159,500 kepada empat orang yang terdiri daripada empat kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Sikh bagi mewakili 225 NGO di kawasan itu.

Ia adalah untuk digunakan antaranya bagi mengatasi beberapa keperluan tempat ibadat penduduk kawasan tersebut termasuk masjid dan surau serta tokong dan kuil.

Muhyiddin dan isteri pada majlis perjumpaan itu turut membantu menyediakan roti canai untuk dijamu kepada para hadirin.

Selepas dua jam di majlis itu, Muhyiddin bersama Mohd Shafie dan Raja Nong Chik meneruskan kunjungan mesra ke Kampung Baru, bermula di Kampung Pindah serta menemui penghuni Flat Jalan Tun Razak, di Kampung Padang.

Di Kampung Pindah, Muhyiddin melawat kawasan tanah mendap yang mewujudkan lubang sedalam tiga kaki (0.9144 meter) di Jalan Syed Mahadi ketika hujan lebat dan banjir kilat pada 14 April lepas, menyebabkan 40 keluarga di situ dipindahkan ke Wisma Belia.

Timbalan Perdana Menteri kemudian mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi Kumpulan Ikram Sdn Bhd menjalankan kajian mengenai sebab dan kesan tanah mendap yang pertama kali berlaku di kawasan itu.

Sebanyak RM500,000 lagi diluluskan untuk membaiki dan membaik pulih jalan raya serta kawasan berdekatan, katanya semasa berucap selepas mengadakan lawatan ke Flat Jalan Tun Razak di sini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM450,000 untuk mengecat bangunan tujuh blok Flat Jalan Tun Razak.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin berharap segala rancangan yang disusun kerajaan untuk memaju dan membangunkan Kampung Baru akan mendapat sokongan penduduk kawasan tersebut terutama pemilik tanah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai niat terselindung dalam membangunkan kawasan itu, sebalik hanya untuk memastikan khazanah negara yang tidak ternilai itu dapat dibangun dan dimajukan setimpal dengan kemajuan di sekitarnya.

Muhyiddin kemudian menuju ke Restoran Matahir di Kampung Baru untuk mendengar masalah kira-kira 30 pemandu teksi Kuala Lumpur.

Pada pertemuan setengah jam itu, pemandu teksi terbabit antara lain membangkitkan masalah saman, penguatkuasaan serta peraturan sesetengah pusat beli-belah yang hanya membenarkan syarikat teksi yang menjadi anggota mereka mengambil penumpang di premis berkenaan.

1 comment:

ahli pas perak said...

saya adalah seorang ahli pas dari perak . kisah ini diceritakan oleh seroang rakan saya yg pada awalnya turut sama dilibatkan dengan rancangan untuk menjatuhkan husam musa. Selepas rakan saya ketahui taktik kotor tersebut dia larikan diri dari mereka kerana tidak mahu terlibat dgn perkara2 fitnah.

kisah ini sengaja didedahkan pd saat2 akhir pertandingan&ditambah berbagai2 perisa supaya Nampak sedap oleh geng2 Nizar.

nizar tidak mahu husam menang kerana takut menjadi pesaingnya dalam pemilihan pas akan datang.nizar hendak menang dalam pemilihan ini &bercita2 utk bertanding jawatan timbalan presiden pas dalam pemilihan akan datang.DAP telah berjanji untuk bantu kewangan.

nizar nak pancung husam habis-habisan, kerana dia lihat husam boleh menghalang cita-cita besarnya kiranya husam juga menang bersama dia. Nizar kata sekiranya husam kalah karier politik dia akan hancur kerana telah kalah dua kali.

Norazli musa@pak janggut adalah salah seorang jentera nizar yang paling utama memainkan peranan penting ini utk bunuh karier politik husam.

Pada hari isnin 30.5.2011 norazli telah bertemu dgn seorang rakannya bekas org kuat pkr .

norazli telah memberi maklumat berhubung penyelewengan husam kepada rakannya itu utk dipanjangkan kpd blogger2. Semua skrip telah ditulis dgn begitu baik supaya senang difahami oleh blogger.

Bekas orang kuat pkr sampaikan kpd seorang blogger di perak dalam masa sama dia bocorkan maklumat itu dtg dari pihak nizar. tujuan org itu beritahu supaya taktik kotor politik dlm pas diketahu ramai.

berita itu sampai kpd blogger, mereka dedahkan maklumat pasal husam& siapa pemebri maklumat. dlm hal ini kerja blogger Nampak tersusun. 1pihak dedah husam&1 pihak dedah siapa pemberi maklumat.
husam nasib baik -cepat2 menafi-nizar pula diamkan diri. takut kerana rahsia telah pecah. Semasa muktamar pemuda ramai ahli2 pas telah berbisik sesama mereka apa yg dilakukan oleh nizar. Bisik2 &sms tersebar tentang taktik kotor nizar.

brita itu dibisik dari telinga ke telinga hingga ke saat perwakilan beratur sebelum membuang undi. Pasal itu nizar kalahdi tempat corot.

Bukan setakat kisah wang , byk lagi fitnah2 lain yg direka2 oleh orang nizar utk membunuh karier husam-termasuk kisah skandal dgn seorang wanita cina serta kunjungan husam ke tempat2 maksiat. Saya tidak mengetahui samada perkara itu benar atau fitnah-tetapi perkara itu imasuk dlm rancangan orang2 nizar utk bunuh karier husam.

Saya tak tahu saluran mana harus saya guna untk dedahkan perkara ini. Kalau saya ceritakan perkara ini kpd pemimpin2 pas tempatan -mereka minta kita diamkan & jgn cerita kpd sesiapa. kita akan dibaca dgn mcm2 surah & hadis supaya menjaga jamaah. saya terpaksa guna saluran komen di blog2. Tujuannya supaya pemimpin2 atasan pas tahu perangai2 kotor yg sdg menjalar dlm pas. Jangan hanya Nampak kuman di seberang laut tapi tak Nampak gajah dpn mata.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...