DALAM keghairahan segelintir pihak menuntut supaya pertuduhan qazaf dikenakan terhadap trio Datuk 'T' selepas membuat pendedahan rakaman aksi seks yang menjurus kepada perbuatan zina, kita mungkin terlupa bahawa ia bukannya suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Sebagai serangan balas, ada pihak yang memfailkan pertuduhan qazaf terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim yang didakwa telah mendedahkan rakaman aksi seks itu kerana ia mengandungi unsur tuduhan zina terhadap pemimpin pembangkang tersebut.
Jika dilihat daripada pengertian bahasa, qazaf adalah melontar sesuatu sama ada batu atau seumpamanya tetapi dalam istilah syarak, qazaf bermakna menuduh orang yang baik, berzina atau pun menafikan nasab keturunannya seperti menuduhnya sebagai anak luar nikah dan sebagainya.
Dalil utama Islam mengharamkan perbuatan qazaf adalah berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud: ''Mereka yang menuduh wanita- wanita yang baik melakukan zina kemudiannya tidak dapat mengemukakan empat orang saksi yang adil maka pukullah mereka itu dengan sebatan 80 kali dan janganlah terima kesaksian mereka sama sekali kerana mereka itulah orang-orang yang fasik (pendusta).''
Keperluan membawa empat orang saksi ini semata-mata untuk menegah daripada membuat tuduhan melulu yang berlandaskan niat jahat kerana orang yang menuduh perlu menyediakan bukti lengkap yang mampu menyokong pertuduhannya.
Kewajipan berbuat demikian diperjelaskan oleh peguam syarie berpengalaman lebih 13 tahun, Musa Awang (gambar) dengan memetik sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nasa'i, sabda Rasullullah SAW kepada Hilal bin Umayyah yang telah menuduh isterinya berzina dengan Syarik bin BACA SETERUSNYA
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Baru si Azmin nak tabur janji-janji manis, kena sergah pula dengan rakyat yang marah dengan penipuan pemimpin PR kononnya nak menyenangk...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...


1 comment:
sepatutnya difailkan dulu qazaf kepada mat sabun dialah orang yang pertama menfitnah anwar sebagai peliwat tanpa 4 saksi
Post a Comment