PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, June 22, 2011

PENGANJUR BAZAR LARUT MALAM DANAU KOTA DIBATALKAN..!!!


PENIAGA BANTAH KENAIKAN YURAN BAZAR LARUT MALAM DANAU KOTA

Keluh resah peniaga-peniaga di Bazar Larut Malam Danau Kota makin bertambah apabila pihak pengurusan Bazar Danau Kota yang mengenakan bayaran dengan kadar baru iaitu RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Julai ini.

Peniaga bazar turut tidak puas hati dengan harga kanopi baru yang dinaikkan kepada RM650 seunit, berbeza daripada harga sebelum ini yang dikenakan sebanyak RM450 seunit. Apabila dibuat pemeriksaan daripada pembekal kanopi, ternyata harga tersebut jauh lebih murah daripada harga yang dikenakan terhadap peniaga-peniaga bazar iaitu sekitar RM200-RM250 seunit.

Bukan itu sahaja, malah peniaga turut dikenakan yuran baru kutipan sampah yang pasti bakal memberikan tambahan bebanan terhadap kos perniagaan mereka. Pihak peniaga juga merasakan mereka semua tidak dihargai kerana penganjur sebelum ini tidak mengadakan perbincangan dengan peniaga-peniaga, sebaliknya mengumumkan hanya melalui surat yang diedarkan kepada peniaga-peniaga.

Bayangkan terdapat 400 peniaga yang berniaga di Bazar Larut Malam Danau Kota, jika yuran perkhidmatan dikenakan RM300 sebulan, memang ia akan menguntungkan pihak penganjur Bazar tersebut.

Peniaga turut merungut dengan kos kenaikan harga kanopi yang "wajib dibeli" daripada pihak pengurusan dengan harga RM650 seunit berukuran 8 kaki x 12 kaki yang bakal dilaksanakan pihak penganjur akhir bulan depan.

Sementara itu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum memberi kata putus dan restu terhadap pemohonan pihak penganjur Bazar Larut Malam Danau Kota untuk menaikkan kadar caj perkhidmatan disitu daripada RM150 kepada RM300 sebulan.


Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihaknya masih menimbangkan mengenai perkara tersebut memandangkan peniaga-peniaga bazar berungut dan membantah diatas kenaikan kos peniaga di bazar tersebut.

Sepatutnya pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan peniaga-peniaga tentang usul yang ingin dilaksanakan, memandangkan mereka cuma bergantung kepada peniagaan disana sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Pihak penganjur juga dilihat gagal untuk menguruskan hal-hal mengenai keselamatan, keselesaan dan kelihatan gagal ditangani dengan baik oleh penganjur. Jelas sekali lagi pihak penganjur tidak berupaya menguruskan bazar itu dengan baik sehingga sering kali mendatangkan kemarahan penduduk sekeliling bazar tersebut.

Pihak DBKL sedang memantau perkembangan semasa sebelum keputusan memindahkan bazar tersebut ketempat lain dibuat. Penganjur juga tidak memainkan peranannya secara berkesan untuk menyelesaikan masalah yang sering menghantui penduduk disekitar kawasan tersebut.


Ketua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Cawangan Setapak/ Genting Kelang, Ahmad Selamat dikatakan gagal untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat peniaga-peniaga dan keselesaaan penduduk sikawasan itu.

Harga kos yang dikenakan terhadap peniaga-peniaga tidak setanding dengan mutu perkhidmatan yang telah pihak penganjur berikan setelah dilihat gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka untuk bertanggungjawap keatas Bazar Larut Malam tersebut.

Selain itu Ahmad Selamat gagal untuk membangunkan penjaja Melayu yang berniaga disitu setelah membuat keputusan untuk menaikkan lagi caj tambahan sebagai bebanan kos perniagaan yang peniaga hadapi di Bazar Larut Malam Danau Kota tersebut.

Bukannya nak membantu peniaga-peniaga yang susah berniaga menghadapi hujan dan ribut demi mencari rezki buat kehidupan sepencarian mereka, malah ditindas pula oleh penganjur yang mempunyai sikap mengira keuntungan demi mengisi poket dan "Kroni" mereka...!!!

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...