PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 7, 2011

PELUANG UMNO AMAT CERAH



Peluang UMNO untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata, perjuangan ‘negara berkebajikan’ yang diperkenalkan PAS baru-baru ini bagi menggantikan dasar negara Islam yang dipegang sejak 30 tahun sudah pun dilaksanakan UMNO sejak merdeka.

“Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul.

PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul.

“Sekarang PAS juga sudah bekerjasama dengan parti lain dan itu juga sudah dilakukan UMNO sejak dulu. UMNO ada rekod kerja yang lebih baik dan kita mudah sikit untuk hadapi pilihan raya,” katanya kepada media di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 hujung minggu lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat pertama kali menegaskan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.

Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional juga menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Selain itu, jawatan Timbalan Presiden yang dimenangi Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak menunjukkan PAS sudah sederhana, kerana jika dilihat jumlah undi (calon) konservatif (Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) melebihi undi Mat Sabu.

“Mat Sabu jika serang kita (UMNO), tidak ada apa-apa pun kerana falsafahnya adalah menyerang jika orang itu (orang) UMNO dan ini adalah politik kelas rendah,” katanya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...