Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-57, semalam dijadikan pentas untuk terus mengecam dan menyelar golongan ulama yang menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Malah istilah ‘syaitan bisu’ kembali dilaungkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan pemerhati dan perwakilan yang memenuhi Dewan Dato Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zuklifli Mohammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak, di sini.
“Anggota Dewan Ulama mesti berdepan ulama yang berdiam diri yang sanggup menjadi syaitan bisu melihat kemungkaran di depan mata, pada hal sekurang-kurangnya mampu mencegah dengan lisan dan tulisan,” katanya dalam ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Abdul Hadi berkata, ulama ialah pemimpin masyarakat paling berpengaruh dalam masyarakat Islam tetapi ramai yang tidak berpijak dengan feqah politik Islam kerana menyokong UMNO dan BN.
Beliau menyalahkan sistem pendidikan Islam yang disifatkan lemah sehingga melahirkan ulama yang menyokong parti Melayu terbesar itu disebabkan gagal menterjemah kefahaman Islam dengan ilmu mereka dalam memahami politik semasa tanpa memahami sejarah, senario kelahiran mazhab, kumpulan yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
“Golongan ini juga akhirnya gagal memahami ideologi dan teori moden yang bercanggah dengan Islam sehingga terperangkap di dalamnya, menjadikan mereka berilmu tetapi tidak feqah (faham) lantas gagal menunjukkan jalan kepada mereka.
“Ada juga ulama di luar sana yang tidak memahami kewajipan berjemaah dan menyertai jemaah yang memenuhi ciri parti yang menegakkan ajaran Allah yang meneruskan pusaka Rasul yang berdakwah dan berpolitik,” katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi yang memenangi jawatan tanpa bertanding bagi penggal kelima berkata, PAS berikrar untuk mempertahankan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir bersama dengan rakan pembangkang.
Katanya, walaupun beberapa pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak memihak PAS, parti itu tetap berjaya melebarkan pengaruh parti dan menubuhkan cawangan PAS.
“Kejayaan kita bukan hanya menang pilihan raya tetapi turut berlaku dengan mendapat hanya seorang walaupun tidak menjadi ukuran kemenangan pilihan raya dan hilang wang deposit,” katanya.
Abdul Hadi turut mengulangi komitmen PAS untuk terus bersama pakatan pembangkang walaupun terdapat perbezaan dasar serta konsep perjuangan dengan bertekad untuk bersama-sama menggantikan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun konsep perjuangan antara rakan pakatan berbeza, katanya mereka tetap mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan keadilan untuk semua.
- SUMBER BERITA HARIAN
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
4 comments:
Tak patutlah gelar Ulama UMNO samapi sebut Shaytan pulak. Mungkin Ulama UMNO patut jangan diam diri lagi dan bangun menentang penyelewangan Agama Islam dari Hadi Awangan dan kuncu kuncu IBLIS laknatullahnya itu.
Memang sudah tiba masanya!
di negeri yg dia org perintah pun tak mampu dia tegur nak salahkan orang pula ,tunjukan bukti yang dia mampu melaksanakannya baru boleh cakap kelemahan orang lain
mereke semakin tak mampu
ulama yang kerajaan, tunggu apa lagi. balas la balik apa yang dikata oleh si hadi tu ,takkan nak dibior kan aje..
gunakan seluruh media kerajjan untuk menghentam pembangkang kalau bn nak menang dalam pru nanti.
Post a Comment