PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, June 5, 2011

BENARKAH UMNO PEMBELA MELAYU..??




Penyokong Bukan Melayu PAS Ajak Umno Berdebat Isu Kedudukan Melayu

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menawarkan diri bagi mewakili PAS untuk berdebat dengan UMNO mengenai kedudukan orang Melayu di negara ini.

Bercakap di hadapan perwakilan PAS pada Muktamar ke-57 parti itu, di Taman Melewar di sini, Hu berkata beliau bersedia untuk berdebat di bawah tajuk "Benarkah UMNO Pembela Melayu".

Katanya, sebagai sayap di bawah parti PAS, DHPP perlu membuktikan bahawa masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam sesungguhnya amat perihatin tentang masa depan orang Melayu.

"Saya nak tegaskan orang bukan Melayu tidak pernah mencabar kedudukan orang Melayu dan ada persatuan atau pertubuhan yang mengatakan demikian adalah satu pembohongan kerana nak timbulkan salah faham antara kaum," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden.

Hu berkata DHPP mahu orang Melayu maju bersama PAS kerana perjuangan parti itu adalah berlandaskan perjuangan Islam yang sebenar untuk umat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, DHPP akan terus menggembleng tenaga bagi menarik lebih ramai masyarakat bukan Islam untuk menyokong perjuangan parti itu.

- BERNAMA

5 comments:

whiteorange said...

Benar tu HU? kaum bukan melayu memang tak pernah mempertikaikan dan bercakap tentang hak melayu, mereka cuma secara halus nak rampas hak melayu

Benar HU! orang melayu memang patut bersama PAS memperjuangkan hak melayu agar lebih cepat Melayu jahanam

Benar HU! kaum bukan Melayu harus ramai ramai sokong PAS kerana dengan berbuat demikian cepatlah nanti agenda komunis menakluk melayu berhasil dengan cepat

Benar HU! UMNO tak perjuangkan Melayu, UMNO tak perjuangkan kaum china sahaja tetapi perjuangkan semua bangsa tanpa mengira kaum

Benar HU! lu pengaruhilah orang orang PAS sebab mereka ini bukan Melayu!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tahniah kepada barisan “Dai’e Rijalullah”- pucuk pimpinan PAS yang baru!

Tahniah. Abang Mat Sabu - TP PAS = “Amirul Jihad PAS” @ "Panglima Jihad Gempur Firaun UMNO" yang baru.- TP PAS perlu tegas, istiqamah, gigih & agresif sebagai “dai’e ilallah” yang mesra rakyat, jangan lembab dan lembik lagi ....... terutama berdepan politik kotor, rasuah, jijik, lucah & ganas UMNO.

Lawan tetap lawan - Peperangan alam maya terhadap para penjilat tegar UMNO yang pelahat habuan "subsidi" dan “rasuah" duit panas Umno/BN. Lawan ahli munkar dan ahli fasik UMNO adalah jihad fisabilillah.

Jangan ada seorang pun dari pucuk pimpinan baru PAS selepas ini yang "belot" mengkhianati amanah rakyat dengan “U-turn” menjilat UMNO sekadar terpesona dengan tawaran manis "asobiyyah jahiliyyah UMNO" dan hajat duniawi peribadi!.

Kita semua – sama ada ulamak, professional, korporat, pegawai awam, pekerja swasta, hartawan, rakyat marhein - adalah “Dai’e/ Aktivis Islami” masakini hendaklah langsaikan "hutang" lama para pejuang terdahulu untuk lenyapkan kebongkakan & kedurjanaan UMNO dibumi Malaysia ini!

Anonymous said...

Anon 10.22 lu cakap serupa orang tak pakai otak, serupa burung kakaktua yang meniru cakap tuannya..ha ha macamlah dia tu tidak hidup dibumi malaysia ini yang selama lepas merdeka sehingga kini dizalimi dan sensara...lu hidup aman bahagia..selesa..cukup makan anak-anak dapat membesar, belajar hingga menara gading..kemudian bekerja..jangan-jangan dengan kerajaan yang lu kutuk ini juga...jadi berterima kasihlah..dan bersyukur kepada allah kerana mengurniakan kerajaan yang perihatin dengan rakyat...bukan macam puak PR yang belum tentu hatibudi mereka tuh..

Anonymous said...

pakatan PR ni kalau boleh nak bagi rakyat semua barang-barang keperluan free kesemuanya, agar terlungkup Malaysia ni agar melahirkan rakyat yang malas seperti negara yang manjakan penduduknya dengan subsidi, tu sebab negara merundum dari segi ekonomi.

Anonymous said...

anon 11:15
sorry nak betulkan, dah tau dah hatibudi org pr ni. kat perak kg baru cina 999 tahun, 1000 tahun akan ku nanti. kat dun penang mengaku tiada sebijik pun rumah murah dibuat, kat kelantan habis tanah ladang rakyat yg dulu dorang yg janji kena sodok. ko nak tau ape lagi. siap ada org bunuh diri sebab nak tutup kes rasuah kat selangor, mengaku ada company alibabi. ko nak ape lagi contoh. nak sampai melayu merempat baru sah pas tu hanya keldai dap. kita jgn nak belembut lagi ngan pejahnam ni semua. jgn sampai jadi libya, iraq. afgan ikut sgt taliban org islam hanya jual dadah saja. somalia jadi lanun. umno telah mertabatkan islam didunia ni. pas pegi mampus lah semua ular dlm semak dia. pas ialah Pengajor/Pengikut Ajaran Sesat yg menyesatkan.pegi mampus le pembuat fatwa & amanat songsang.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...