PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, June 2, 2011

AHLI PKR DEDAH LAGI PEMBOHONGAN PAKATAN RAKYAT



Menurut bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad, ketika masih bersama parti itu dahulu, beliau sendiri pernah dimaklumkan mengenai bantuan sebuah badan di AS yang menyalur wang kira-kira AS$100,000 (RM310,000) setiap bulan.

"Itu(dana) adalah betul. Saya sendiri pernah mempertikaikan dana berkenaan dan ada menanyakan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

"Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum keluar penjara. Saya tidak pasti dana itu pihak mana tetapi mungkin juga dari IRI seperti yang didakwa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai IRI didakwa menyalurkan dana tahunan berjumlah jutaan ringgit kepada PKR.

Selain itu, IRI bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu 'demokrasi' tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan.

Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004.

Nordin berkata, ketika masih bersama PKR, ada pihak yang memberitahunya bahawa dana yang diterima dari pihak luar adalah untuk parti kerana hubungan baik mereka dengan Anwar.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sebagai sebuah parti yang terlalu terdesak, PKR sudah semestinya akan sanggup menjadi alat sesiapa sahaja untuk menghancurkan negara ini.

"Ketika masih bersama PKR, saya juga pernah dimaklumkan bahawa dana pilihan raya parti itu pernah dibiaya George Soros. Bantuan ini dipercayai sejak 1999 lagi.

"Saya tak pernah terkejut dengan dakwaan PKR dibiayai badan luar terutamanya AS. Justeru, saya minta Kementerian Dalam Negeri memberikan perhatian khusus kepada pergerakan PKR.

"Kalau betul PKR jadi tali barut orang asing, maka parti ini sama bahaya dengan Parti Komunis Malaya. Kita minta rakyat menolak parti ini,'' tambahnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia dikehendaki menilai perjuangan Pakatan PR kerana menerima tajaan daripada luar negara untuk menjahanamkan Malaysia ni untuk kepentingan Anwar yang semakin tidak sedar diri kerana dah bergelar sebagai pemimpin Ketua Pembangkang.

Anwar tetap dengan sindrom Penafiannya tanpa menyatakan bukti sahih dan nyata untuk ditunjukkan kepada umum. Sikap penafiannya akan mengundang padah yang akan memakan dirinya sendiri.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...