PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, May 6, 2011

UNDURLAH ANWAR JIKA KAMU SAYANGKAN MELAYU







Anwar perlu berundur dari persada politik, demi survival partinya selepas isu pembongkaran perilakunya melibatkan isu keruntuhan moral sebagai seorang pemimpin dipertikaikan dan diragui.

Anwar seharusnya membuktikan dan bertanggungjawab khususnya dakwaan melibatkan dirinya dalam rakaman aksi video biar pun Anwar menafikannya sebelum ini. Anwar mendakwa ia adalah konspirasi untuk menjatuhkannya tetapi masih tidak mengemukakan bukti-bukti mengatakan Anwar tidak terlibat dengan rakaman video seks tersebut.

Malah apabila disoal pihak wartawan, Anwar terus memarahi dengan nada tinggi kepada wartawan yang hanya menjalankan tugas rutinnya.

Kita sebagai rakyat yang bijak harus menilai apakah sumbangkan Anwar kepada rakyat, salah satunya memporak-perandakan Malaysia dengan karenah "berdemo" tidak kira tempat yang amat merisaukan dan memalukan umat Islam.

Sumbangan terbesar Anwar adalah memecah-belahkan dan mempuak-puakan Melayu antara satu sama lain, mempelbagaikan dan menokok tambah hukum agama Islam.

Kesemuanya disalah ertikan oleh Anwar supaya rakyat terkeliru dengan semua niat, usaha murni dan keperihatinan Kerajaan terhadap rakyat.

Seharusnya penyokong tegarnya malu mendapat pemimpin yang menghina dan mengherdik bangsanya sendiri demi mendapat sokongan bangsa lain. Biar menang sorak tetapi negara tergadai.

Sayangnya yang taksub tu masih bersikap buta dan masih memekakkan telinga mereka, janji hajat ke PutraJaya tercapai.

Bak kata orang, janji Menang..!!

9 comments:

Anonymous said...

Anwar memang pemimpin tak sedar diri, ikut tekak dia saja.

Anonymous said...

pas pun dua kali lima, paling menampakkan kekeldaian ialah tok hj sangkut hadi ruseler....heheheheh

Anonymous said...

Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!
assalammualaikum

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.

Anonymous said...

KL boyz,

lari topik sikit.

Pasal komen hang kat UUM tu.

Last time aku tak pasti la kenapa kerajaan kedah bagi rebat pada UUM. Kalau ikut artikel di AgendaDaily, IPTA lain seperti di negeri yang dikuasai BN, takde pulak cerita pasal rebat ni. Still jugak kena bayar ikut rate.

Pasal nak rampas tanah UUM tu, aku rasa tak perlulah nak diperbesarkan. Itu dah memang law standard. Aku ingat sesiapa yang tak bayar cukai tanah pun akan kena tindakan seperti itu.

seperti yang aku katakan sebelum ini, aku takde nak pro mana mana pihak. mungkin boleh la deal sesuatu cara dengan kerajaan kedah. paling teruk pun bayar aje satu juta lebih cukai tanah tu. Company bawah UUM yang berniaga untung sampai 80juta, no big deal. Kerajaan PAS Kedah tu orang Melayu. Walaupun berbeza fahaman politik tapi kena tolong juga atas dasar pembangunan.

Tengoklah kawasan cina terutama di bandar. Parti mana yang pegang? walaupun ramai pembangkang yang menang, kerajaaan masih juga bangunkan kawasan tersebut.

Bagi aku, tak semua orang dalam PAS tu teruk2. Tak semua orang dalam UMNO tu elok2. Sekarang ni, kena buang mana2 benda yang merosakkan aspirasi bangsa dan agama. Orang Melayu perlu bersatu. Islam mesti dipertahankan.

Terima kasih.

joe

Anonymous said...

buat joe kau ni memang pro pas tak yah nak pasang pagar takut kena hentam, UUM tu tempat orang belajar bukan tempat jual barang, sebarang duit yang nasukke UUM semuanya untuk pembangunan UUM sendiri, yg kau tak tahu kerajaan negeri kedah dah tak ada duit miskin dah dek kerana dikaut sahabat sedaranya MB sendiri, jgn buat2 buta kau tanya balak,tanah di kedah sekarang sape yg telan bro, kita ambil perkara kecil sudah lah kontrak cuci di kedah dulu pekerja dibayar rm500 sekrang dah jadi rm 300 sebulan kerajaan negeri x dak duit nak bayar ke kontrak,kau pergilah jalan cari makan kawasan padang terap tanya2 lah orang situ tanah sekarang sape yang dapat selepasmenang pilihanraya jgn buat2 pekak dan keluarkan kenyataan tanpa selidik atau nak bela, UUM tempat cari ilmu kenapa dinaikan cukai, seolah olah ada usaha nak tutupkan UUM tu.

Anonymous said...

Pakatan Rosak dah kuat kena bomoh dek Anwar..tu pasal otak kelabu asap je tak leh fikir benda yang baik. Macamana denagn janji PAS kepada rakyat Kedah..?? Janji munafik..??

Anonymous said...

Pakai lah RON 95 kan tak naik harganya, bodoh punya Kumpulan Derhaka. Pakai kenderaan Diesel ke, kat mana kau kata minyak harga turun..?? jangan nak auta la, mana ada negara sekarang ni menurunkan harga minyak..!! Negara dimana rakyat tak mampu beli kereta memang murah la minyak dia. Dak duduk Jem beratur dijalanraya pun ada hati nak minyak murah..!!? Kalau rakyat marhein pakai motor pun dah memadai, isi sekali 2-3 hari tak payah isi minyak. Otak Kolot.!!

Anonymous said...

hek eleh...pasal minyak je ko sanggup naikkan pemimpin yg buat maksiat?ape kepunya bangang la korang ni?

Anonymous said...

politik cetek..
Kalau nak discuss pasal politik..jgn la cetek sgt pemikiran.Minyak tu hanya satu dari seribu benda dalam Malaysia ni..
Yg penting,sapa yg pegang tampuk pemerintahan tu yg penting..
nak ker kominis pegang tampuk pemerintahan..Bukan minyak jer yg naik..hak melayu juga akan dikebas..
Ini yg kita nak pertahankan...bahalol

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...