Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata pendekatan pembangkang itu boleh mempengaruhi minda anak-anak muda yang tidak memahami sepenuhnya sejarah negara ini dan terlalu memikirkan kebendaan serta kebebasan.
"Pemikiran mereka diganggu dengan (pembangkang) mewujudkan pelbagai persepsi yang negatif, contohnya konsep 1Malaysia, ia positif tetapi diberi persepsi negatif yang akanmenyebabkan sesetengah pihak yang tidak faham akan terpengaruh.
"Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja di sini Ahad.
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun Umno pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota Umno yang tetap kuat dan kental.
Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota Umno berpegang kuat kepada lima perkara itu.
Ditanya strategi Umno untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata Umno akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.
"Seterusnya Umno juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan Umno dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
HARAM bagi orang Melayu yang menyokong Parti Khafir Harbi ini. Jika mereka menang pada Pilihan Raya ke13 nanti, maknanya orang2 Melayu me...
-
Sekarang kuasanya diperbesarkan lagi kepala mereka oleh pengampu terkuat dalam gabungan parti tak cukup syarat Pakatan PR. Pas rela diperku...



3 comments:
YA.. Lawan balik dgn bilboard yang maksud umum.. biar rakyat berfikir.. cotoh lawan bilborad kat atas lbh kurang macam nie...
"YA ALLAH SATUKANLAH HATI-HATI ORANG MELAYU ISLAM, WUJUDKANLAH KEAMANAN DAN KEBAHAGIAN BUAT KAMI... HINDARKANLAH KAMI DARI PERASAAN CEMBURU DAN HASAD DENGKI UNTUK MEMUSNAHKAN SAUDARA SEAGAMA DAN SEBANGSA KAMI... KEPADA MU YA ALLAH KAMI BERDOA DAN MEMOHON AMPUN... AMI..
sokong!
mana lah ada pemimpin UMNO yang mengunakan media, sebab mereka terlalu sibuk bermimpi akan kedudukan mereka saja, kalau yang baru sikit teringin nak mencari kedudukan supaya dapat perhatian, kalau ada dinner perjumpaan dan di hadiri pembesar2 Umno maka di situ lah mereka akan beri keutamaan supaya mereka di lihat. Jalan yang senang mengunakan wang ringgit, itu pun terpulang pada nasib sebab yang lain pun mengintai akan kedudukan dan habuan sekira nya dapat. Sebab itu banyak kita tengok bila sampai soal perkhidmatan, hambar saja atau bila di sergah baru bangun dari tidur, kecuali ada Dinner perjumpaan yang sememang kita tahu untuk menunjukan muka mereka
Post a Comment