
Ini kerana berbeza dengan pembangkang di Malaysia, MHP mengambil tanggungjawab sepenuhnya apabila enam pemimpin parti itu meletakkan jawatan berikutan skandal itu.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, senario itu tidak berlaku di negara ini walaupun ada pemimpin pembangkang berhadapan dengan isu yang sama.
Katanya, di Malaysia, seorang isteri pemimpin pembangkang sanggup berbohong kepada rakyat meskipun bukti semakin jelas menunjukkan suaminya terbabit dengan skandal rakaman video aksi seks.
Selain itu, katanya, seorang peguam terkenal yang juga pemimpin kanan sebuah parti pembangkang turut bermati-matian mempertahankan pemimpin terlibat sedangkan sebelum ini beliau yang mendedah masalah moral membabitkan pemimpin itu.
“Pada masa sama, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pula dilanda sindrom ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila berdiam diri terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa wakil rakyat DAP, Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Serdang),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pakatan pembangkang yang bermati-matian mempertahankan Anwar, walaupun ketua pembangkang itu berdepan dengan kes liwat selain pendedahan rakaman video seks.
Mengulas lanjut Anuar, berkata, selain mempunyai standard integriti serta prinsip yang rendah, pembangkang di negara ini juga terdiri daripada pemimpin yang rakus dan agresif sehingga sanggup memperjudikan masa depan negara demi kepentingan politik.
“Pakatan pembangkang adalah pakatan yang tiada integriti dan moral. Mereka sentiasa cuba mengaburi mata rakyat demi mengekalkan kuasa,” jelasnya.
- PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment