Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menakluki Putrajaya mungkin kembali cerah jika beliau berani melakukan empat perkara asas bagi membersihkan namanya yang kini hangat dikaitkan dengan gejala maksiat.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, empat perkara yang perlu dilakukan Anwar itu telah dikemukakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor baru-baru ini.
Empat langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar ialah sumpah laknat menafikan dia bukan lelaki dalam video seks, menjalani ujian poligraf, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.
Menurut Aminah, menerusi empat perkara itu juga Anwar mampu membuka mata rakyat dan menarik kembali penyokong yang sebahagiannya berada dalam keadaan serba salah untuk terus memberi sokongan.
''Kalau betul dia tidak buat semua dakwaan dan tuduhan ke atasnya itu, sekurang-kurangnya salah satu daripada empat perkara itu dia telah lakukan. Perkara ini sudah terlalu lama, rakyat pun tunggu dah lama sangat.
''Kita nak tahu kenapa dia nak tangguh, kenapa dia mesti takut, kenapa masih teragak-agak. Kalau dia sendiri tidak tahan dengan pelbagai tohmahan, dia yang perlu mudahkan situasi ini, buat sahaja pengakuan telus,'' katanya lagi.
Sementara itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin mendesak Anwar supaya menghentikan sandiwara yang turut memperbodohkan isterinya sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kata beliau, Anwar harus berasa malu kerana kononnya beliau adalah seorang pemimpin yang membawa prinsip Islam dan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan tetapi rupa-rupanya didakwa hebat dalam kancah maksiat.
''Anwar sememangnya tidak cerdik kerana peluang yang ada tidak digunakan sebaik-baiknya. Beliau mempunyai harapan yang besar untuk dihormati jika berani,'' katanya.
Beliau berkata, desakan terhadap Anwar pada masa ini sudah tidak praktikal sebaliknya orang ramai perlu mendesak Wan Azizah dan anak mereka, Nurul Izzah.
Katanya, Wan Azizah perlu berhenti daripada dunia politik kerana kehadirannya selama ini termasuk Nurul Izzah adalah sebagai tukang fitnah demi mempertahankan keluarga dan keaiban mereka sendiri.
''Apa yang telah mereka berdua lakukan selama ini? Mereka sebenarnya sangat gagal untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Ini kerana mereka terlalu sibuk menutup maksiat Anwar,'' ujar beliau.
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...




No comments:
Post a Comment