Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berpendapat calon Melayu yang dirancang diletakkan DAP bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak mampu memperjuangkan nasib masyarakat Melayu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berkata ini kerana DAP sendiri dilihat sebagai sebuah parti mengamalkan perkauman malah tidak memperjuangkan nasib masyarakat Melayu di negara ini.
"Ini hanya satu sandiwara DAP untuk menarik lebih ramai pengundi, siapa saja calon dia kata hendak letak, kita tengok jadi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan pekan Bukit Baru di sini, Isnin.
Mohd Ali berkata mungkin DAP meletakkan calon Melayu kerana tidak yakin rakan pembangkang mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS mampu menarik lebih ramai sokongan pengundi Melayu pada PRU-13 akan datang.
Katanya DAP selama ini hanya meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi masyarakat Cina dan parti itu dilihat takut untuk meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi masyarakat Melayu.
"DAP letak sesiapa sahaja calon tidak jadi masalah, ini negara demokrasi, kita (UMNO Melaka) bersedia menghadapi siapa sahaja DAP letak dan kita mampu menang pada pilihan raya (PRU-13) akan datang," katanya.
Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu di beberapa negeri antaranya Melaka, Perak dan Negeri Sembilan pada PRU-13 akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
Dalam baik-baik diantara kedua mereka, akhirnya kena sindir juga dengan si Jozan Maha Raja Lawak ni. Jikalau kita lihat lawak tersebut b...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...


3 comments:
memang dari dulu lagi. dasar perjuangan DAP tak pernah memihak pada orang Melayu.
aiya cik yayah.. kalu lu pikir begitu then same le kesnye mcm AmeNO.. dasar perjuangan AmeNO tak penah memihak pade org Cina & India. Bukan tu je, Org Asli pun ade yg dipinggir AmeNO. pdhal kite semua rakyat M'sia. bangsa M'sia. so how?
Ni dia Melayu dalam PAS, Bodoh sampai ketahap menjadi tali barut DAP. Kata nak Islam kan DAP tapi jadi terbalik pulak.
Post a Comment