NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, May 21, 2011
PUNCA HARGA SUSU NAIK DIPASARAN..!!?
INDUSTRI TENUSU MALAYSIA
1. Pada tahun 2010, pengeluaran susu negara secara keseluruhannya adalah sejumlah 62 juta liter. Sehingga kini, sejumlah 852 penternak tenusu di mana 748 penternak di Semenanjung Malaysia dan 104 penternak di Sabah. Terdapat 4 kilang pemprosesan susu yang membeli susu segar tempatan, 3 di Semenanjung dan 1 di Sabah.
2. Program EPP 13 telah menggariskan beberapa perancangan antaranya menambah bilangan induk bagi meningkatkan pengeluaran susu. Selain daripada itu, kualiti susu juga turut ditingkatkan dengan menambahbaik prasarana rantaian sejuk beku
termasuk meningkatkan kemampuan Makmal Susu di Alor Gajah. Secara langsung, Kerajaan menggalakkan penglibatan syarikatsyarikat besar menjadi peneraju dalam industri tenusu. Sebuah kilang tenusu baru di Sabah akan dibina oleh salah satu syarikat peneraju.
3. Isu-isu yang sering berkait dalam industri tenusu semasa adalah kenaikan harga makanan yang menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran yang membebankan para penternak.
4. Selain itu, produktiviti ladang yang rendah seperti purata pengeluaran harian sejumlah 7-8 liter/seekor adalah kurang berbanding dengan purata pengeluaran harian di negara tropika lain yang telah mencecah sehingga 15-20 liter/seekor. Harga susu dunia (harga di peringkat ladang) juga turut mempengaruhi pemasaran susu tempatan.
5. Bekalan induk gantian yang mahal dan ketiadaan sumber induk tempatan turut menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran susu. Kekangan lain adalah seperti kekurangan tanah di mana para penternak terpaksa menumpang tanah-tanah awam untuk kawasan ragutan. Secara tidak langsung akan menghadkan pelaburan mereka bagi membesarkan dan memodenkan sistem perladangan yang sedia ada.
6. Penternak perlu senantiasa meningkatkan kualiti susu segar agar mendapat faedah daripada pengilang susu yang membeli susu mereka. Mereka perlu bersatu dalam koperasi untuk membolehkanmereka mengeluarkan susu yang berkualiti dan boleh menghantar terus kepada tiga syarikat utama bagi mendapat harga yang lebih tinggi berbanding yang dibayar oleh Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT).
7. Para penternak juga perlu berusaha meningkatkan kecekapan kerana peningkatan kecekapan akan menyerap kos pengeluaran yang tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Cuba kita lihat video diatas seorang peserta "bersih" dengan biadapnya memaki-hamun pihak berkuasa. Perempuan ini ditangkap ta...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Blogger Pro Pembangkang Din Binjai atau lebih dikenali dengan blog Sharpshooter disaman kerana memfitnah Datuk Seri Rais dengan artikelny...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...


No comments:
Post a Comment