PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, May 25, 2011

PEGUAM UMMI HAFILDA DIMINTA HADIR..!!?

Mahkamah Tinggi meminta peguam ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hadir dalam prosiding kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap pengendali laman berita Malaysiakini pada 13 Jun depan.

Hakim, Datuk V T Singham berkata arahan lanjut berhubung kes itu akan ditetapkan pada tarikh tersebut bagi tujuan pengurusan kes.

“Saya ingatkan peguam yang mengendalikan kes-kes sivil supaya hadir sendiri ke mahkamah dari semasa ke semasa mengenai kes mereka yang disebut untuk pengurusan kes.

“Sekiraya peguam tiada masa untuk hadir ke mahkamah, jangan ambil kes,”katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut selepas diberitahu peguam Hajjaral Aswani Ibrahim dari firma guaman dari Kuala Lumpur, bahawa beliau menyebut bagi pihak peguam Sahrihan Jani daripada firma guaman dari Muar, yang mewakili Ummi Hafilda yang tidak dapat hadir ke mahkamah semalam.

Hajjaral turut memaklumkan Sahrihan mempunyai kes lain di Mahkamah Tinggi Muar, Johor Bharu.

Bagaimanapun, menurut Singham, peguam itu sepatutnya menghantar surat kepada mahkamah memohon kes itu ditangguhkan agar mahkamah dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sebelum itu, Hajjaral Aswani memohon mahkamah supaya memberikan tarikh baru bagi pengurusan kes saman itu kerana pihaknya masih belum menerima writ saman yang dimeterai oleh mahkamah.

Pada 25 April lepas Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah itu yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 April lalu selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu pertama kali disebut.

Beliau menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda mendakwa defendan pertama dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...