NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, May 22, 2011
PAS PERALATKAN PELAJAR DEMI POLITIK SEMPIT PARTI
Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam tadi menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.
Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.
Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman.
Husam dalam ucapannya antara lain berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.
Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.
Sementara itu, Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.
"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO," katanya.
Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".
- SUMBER UTUSAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Semalam lebih kurang 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi Superbikers berkumpul di hadapan Sri Pentas TV3 untuk menyerahkan memorandu...
6 comments:
kesian budak2 yang tak tau apa2, di korbankan semata2 kerana kepentingan politik, masa depan mereka di judikan dan di brainwash oleh org yang tidak mempedulikan nasib kanak2 tersebut, sepatut nya di galakan belajar setinggi yang boleh dan memperkembangkan mata hati supaya melihat dunia dengan visi yang bertamadun bukan dgn fikiran yang sempit seperti mereka yang memilih kehidupan begitu, rela menjadi buta hati dgn mengikut membuta tuli tanpa mengunakan otak yg di beri Allah
kpd Omar Jaafar....umno memang baik tak pernah guna budak sekolah dlm program parti....baik sungguh para pemimpin umno....bila masuk sekolah, kolej , universiti dll tak cerita langsung hal politik....hanya cakap hal pelajaran saja....
Yang penting pegi bukan dengor artis melalak atau pesta maksiat mereka pergi berhimpun sambil bersolat jemaah, umNo ada buat ke macam ni ? kalu x ade artis atau muzik tak sah majlis umno.
mereka tak di upah seperti umno kalau x ade disediakan bas , duit poket dan Bihun sebungkus , semua ikhlas pergi dengan siap keluar duit poket sendiri bagi derma , dalam program umno mampuih x ade ..
stones xxy.
UMNO JELES LA TU... HUHU...ALA KORANG DUK BRAINWASH MASA BTN BLH LAK,COME ON LA...
http://www.youtube.com/watch?v=NAc6geA0xuE&feature=player_embedded#at=21
Sebelum PRU 2008, PAS memang berdaya menarik minat golongan muda dengan idealisma perjuangan MENEGAKKAN ISLAM dan HUKUM-HUKUM ALLAH di muka bumi ini. Idealisma perjuangan ini membakar semangat dan imaginasi golongan muda untuk berjuang di jalan Allah, dengan ganjaran besar di akhirat.
Malang sekali, demi menyertai DAP dan PKR di dalam Barisan Alternatif(sekarang dipanggil Pakatan Rakyat), PAS telah memilih untuk MENGENEPIKAN perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM dan PERUNDANGAN ISLAM. Sejak itu, PAS telah hilang daya tarik, dan mungkin telah hilang PERTOLONGAN DARI LANGIT.
Tidak ada lagi yang menarik minat anak muda untuk menyertai PAS. Yang ada hanyalah SIKAP KEBENCIAN SESAMA ISLAM, dan KEPURA-PURAAN bersama DAP/PKR. Tidak hairan kalau PAS terpaksa mengerah pelajar-pelajar sekolah agama untuk menunjukkan sokongan golongan muda terhadap perjuangan mereka yang sudah TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA.
Post a Comment