Sunday, May 22, 2011
ANWAR MEMBUAT PAS TERPERANGKAP..!!!
KUALA LUMPUR 21 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba memerangkap Pas dalam isu lesbian, gay, biseksual serta kecelaruan gender apabila mendahului kepimpinan parti Islam itu dalam isu tersebut.
Ketua pembangkang itu mendakwa Pas yang selama ini memperjuangkan Islam tidak akan mendiskriminasi golongan songsang itu walaupun jelas gaya hidup sedemikian diharamkan oleh Islam.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan editor Yahoo! Malaysia semasa muncul sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, Selasa lalu.
Dalam pada itu, sebuah blog, http://dukeofumno.blogspot.com melaporkan beberapa ulama Pas berang dengan kenyataan Anwar itu kerana budaya songsang tersebut ditegah sama sekali oleh Islam.
Blog itu yang memetik kenyataan sumber Pas memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan tanpa berbincang dengan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu.
"Ini bukan soal diskriminasi. Ini soal arahan Allah dan ajaran Rasulullah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Budaya songsang ini terang-terangan salah di sisi Islam," menurut blog itu lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau ada mendengar mengenai perkara itu melalui rakan-rakannya, tetapi belum meneliti sepenuhnya kenyataan Anwar.
Katanya, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tidak mendapat maklumat yang sebenar kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
"Saya ada dengar tapi belum sempat meneliti kerana sibuk dengan Muktamar Pas. Jadi, saya tidak boleh memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini," katanya.
- SUMBER UTUSAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Dalam baik-baik diantara kedua mereka, akhirnya kena sindir juga dengan si Jozan Maha Raja Lawak ni. Jikalau kita lihat lawak tersebut b...


2 comments:
ada ceramah agama olih ustaz pembangkang dah mula hentam golongan kecelaruan gender, tetapi dia tak hentam dsai, tapi aku fikir kalau statement yang diberikan olih dsai itu diberikan olih pimpinan umno mahu pecah masjid dia hentam pimpinan umno dan golongan kecelaruan gender tu. inilah salah satu bukti double standard ustaz pas dalam menghuraikan ajaran islam yang dibawanya itu.
Ostat2 hamPAS mana ada teloq...lebeh2 lagi pemimpin2 mereka. Mereka tak akan bising pada An_War dalam hal ini...percaya lah...kalau bising pun ...di belakang An_War. Begini lah kalau dah jadi baruah2 PKR.
hamPAS tidak memperjuangkan Islam
lagi.
Post a Comment