PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 28, 2011

MUFTI PERAK TAN SRI HARUSSANI DIGELAR "HARAMSANI"



Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu :-

"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.

"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.

9 comments:

aliffnajmi said...

Gelar menggelar dah jadi budaya penganut2 hamPAS & PKR. Badrul Amin dgn BAPAK SYAITANnya, Mat Sabu dgn AL JUBURInya, Anwar dgn WALI SELIPARnya.

Mereka ni seolah2 maksum. Mereka lupa bhw Allah ada berfirman dalam ayat surah al-Hujurat yang bermaksud: “Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri fasik selepas kamu beriman.”

Anonymous said...

puak puak ni buat apa pun tak apa walaupun bertentangan hukum allah sebab nik aziz dah menjanjikan syurga puak puak yang menyokong PAS ni, apa takut!!!

Anonymous said...

Assalammua'alaikum,
Slam Perjuangan. Saya Adalah ahli UMNO. Saya agak hairan kenapa masih banyak lagi golongan MUNAFIK macam yang tersiar berleluasa. Dia ingat dia pakai serban dah bagih sangat. masuk syurga ikut nabi la tu....Sesungguhnya ALLAH melarang kita menggelarkan orang atau memanggil orang dengan nam yang orang itu tidak suka. Apatah lagi, dia seorang Ulama besar negara. Dia bercakap seolah-olah ia dah confirm masuk syurga...ALLAH Hu AKBAR...Engkau tunjukanla kebenaran-MU, dan berilah iktibar kepada golonga muqtazilah dan munafik ini.
Wassalam.

Anonymous said...

Yang dia ni pulak...dapat bayaran dari mana pulak? Dari derma? Dari sedekah? Sedekah tu pula datang dari mana? Dari langit? Cakap berdegar-degar jubah bau taik! Baghal!

Anonymous said...

APA PULAK PENDAPAT AHLI2 PAS YG KEJE KERAJAAN? ATAU ANAK2 PENYOKONG PAS YG GUNA BIASISWA/BANTUAN KERAJAAN?
APA HUKUMNYA ? HARUS SYARIE? MAKRUH?
MUNAFIK PUNYA MANUSIA!

TiadaDaya said...

Kata Allah "AKU jadikan langit dan bumi dan di antara keduanya.. mereka sentiasa bertasbih kepadaku melainkan manusia. mereka lalai"...'ustaz' tu mcm bagus je bcakap. suka ati je bg gelaran yg tak elok kat org.Dia tu sebenarnya lalai dengan pentas ceramah dia tu. org yg bcakap tanpa gunakan akal yg Allah anugerahkan lebih buruk dari haiwan..

jay said...

Inilah Syaitan khawarij yg memakai jubah, pembunuh umat Islam.

Anonymous said...

kawan, marilah kita renung-renungkan terjemahan surah Al-hujurat,ayat 11 dan 12 mudah mudaha nor azli insaf atas kesalahannya dan minta maaf secara terbuka pada SS Tan Seri DR Harussani Zakaria kalau tidak yaa nor Azli orang yang jauh dari Al-Qur'an. Terjemahannya sebagai berikut " wahai orang orang yang beriman janganlah suatu qaum mengolok-olok qaum yang lain kerana boleh jadi memeka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang mengolok-olok dan jangan pula perempuan-perempuan mengolok-olokkan perempuan lain kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan lebih baik dari perempuan yang mengolok-olok janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk, seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasiq) setelah beriman.Dan barangsiapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(ayat 11)"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah banyak dari prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangan ada diantara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik dan bertaqwalah kepada Allah sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang" (Ayat 12)Ayat ini menunjukkan bagaimana Allah mentarbiah orang-orang beriman bagaimana cara masyarakat muslim berinteraksi antara satu dengan yang lain cukup harmoni membentuk masyarakat aman damai bersopan beradab tidak menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk, yaa... bagi saya ironis sekali kalau seorang yang di panggil ustaz tidak membaca dan tidak mengamalkan ayat ini atau terlepas pandang atau memang sengaja tidak mau membacanya dihadapan umum kerana takut perkara-perkara lain timbul yang tidak akan disenangi oleh kawan-kawannya. Kita mesti merasa malu pada paderi-paderi kristian antara mereka tidak memburuk-burukkan satu sama lain, tapi kita ummat Islam macam mana? Nor Azli! Setahu saya Tan Seri tak pernah memburuk-burukkan kamu, dan setahu saya juga Tan Seri tak pernah mengajak masyarakat Islam berpecah belah, tapi kamu bercakap sama dengan orang tak berilmu, orang yang berilmu dan mengikut ajaran Islam sebenar tidak akan berceramah seperti itu jaga lisan jaga adab agar orang-orang yang bergelar ustaz tidak dianggap sesat oleh masyarakat, saya sarankan anta ikut training ESQ cuci hati, muhasabah balik apa kesalahan dan dosa-dosa ketika berceramah, sewaktu keseorangan, ingat ini adalah haqqul adami, kamu menggelar Tan Seri dengan gelaran Haramsani adalah dosa pada beliau, kalau Tan Seri tak memaafkan besok diakhirat kamu termasuk golongan orang yang muflis yaitu bankrapsi, ingat hadits...atadruna manil muflis....tolong kamu nor azli lanjutkan hadith diatas. daripada Rokam67

semporna a said...

kebiasaan orang yang suka cakap haram haram ni ialah orang yang suka yang haram-haram......

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...