PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 21, 2011

BELUM LAGI HARGA PETROL DINAIKKAN, HARGA AYAM NAIK..??




Rata-rata peniaga terpaksa menjual dengan harga maksimum RM8 bagi sekilogram ayam berikutan kenaikan secara mendadak oleh pembekal kebelakangan ini.

Peniaga, Hafizi Mat Saad,30, berkata, kenaikan itu bukan sahaja membebankan mereka sebagai peniaga, tetapi juga pembeli yang merungut mengenai harga ayam yang tidak masuk akal.

Menurutnya, jika dahulu harga ayam proses yang diambil daripada pembekal hanya sekitar RM5.50, tetapi hari ini ia mencecah RM6.90 ke RM7 sekilogram.

"Harga hari ini adalah rekod dalam sejarah kerana sebelum ini tidak pernah lagi harga ayam melambung begitu tinggi. Paling mahal pernah kami jual hanya RM7.50, itu pun sekitar dua minggu lalu, tetapi, hari ini kami terpaksa jual RM8.

“Apabila ditanya kepada pembekal, mereka juga tidak boleh berbuat apa kerana persatuan peladang yang menentukan harga ayam. Jadi, mahu tidak mahu kami terpaksa menjual kepada pelanggan dengan harga tinggi. Tetapi, bila harga dah tinggi, siapa yang nak beli?,” katanya.

Hafizi berkata, jika sebelum ini dia mampu menjual antara 120 hingga 130 ayam sehari, namun hari ini hanya mampu terjual sekitar 40 hingga 50 sahaja sehari, merosot hampir 50 peratus.

Katanya, peniaga bukan sahaja tertekan akibat kenaikan harga, tetapi juga terpaksa mendengar rungutan, tidak kurang juga yang menyalahkan mereka kerana mendakwa mereka sengaja menaikkan harga sesuka hati.

Tambahnya, perkara itu pernah diajukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun, pihak berkenaan mendakwa mereka hanya mengawal harga pada musim perayaan dan tidak boleh mengawal harga pasaran kerana ia ditetapkan peladang.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Noor Zihad Abdullah,45, berkata, harga ayam naik berpunca dari Persatuan Peladang. Menurutnya, harga ayam sepatutnya perlu dikawal supaya ia tidak membebankan peniaga seterusnya pengguna.

“Memang sebagai peniaga, amat terbeban dengan kenaikan harga ayam kerana ia adalah punca pendapatan utama kami. Sepanjang saya berniaga ayam selama 30 tahun, inilah kali pertama harga naik sangat tinggi.

“Jika dahulu, ayam hidup di ladang boleh diperoleh dengan harga antara RM4.40 hingga RM4.50 sekilo, tetapi sekarang mencecah RM5.40,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pelanggan yang ditemui turut mengeluh berikutan harga ayam yang terlalu tinggi. Yusni Mohd Yusoff,42, ketika ditemui terkejut dengan harga ayam yang melambung tinggi di pasar.

Ia kerana katanya, baru bulan lalu dia membeli ayam dengan harga RM6.50 hingga RM6.80 sekilo, tetapi, hari ini harga yang dijual naik lebih sekali ganda.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mengkaji semula perkara ini dan tidak mengambil kesempatan,” katanya.

LATEST UPDATES

KUALA LUMPUR: Kenaikan mendadak harga ayam di pasaran yang mencecah RM8.50 hingga RM9.90 sekilogram tidak menjejaskan permintaan makanan itu apabila bekalan ayam di kebanyakan pasar basah dan kedai runcit habis seawal jam 12 tengah hari.

Beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat.

Suri rumah, Saodah Abdullah, 50, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli ayam walaupun menyedari harga di pasaran terlalu mahal dan membebankan.

“Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan.

“Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Saodah berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana membebankan isi rumah yang terpaksa berbelanja lebih setiap hari terutama sepanjang seminggu cuti persekolahan selain faktor kenduri kahwin.

Pengguna, Ahmad Bohari Mohd Nor, 46, berkata kenaikan harga ayam secara mendadak iaitu kira-kira RM1.50 itu memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya.

“Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi,” katanya.

Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram.

Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu.

“Minggu lalu, kami menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi naik sedikit demi sedikit hingga sekarang dengan harga RM8.50 sekilogram,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar.

Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran.

- SUMBER HARIAN METRO

3 comments:

Malaysian Epic said...

rasanya kerajaan perlu atau harus bertindak dengan segera menubuhkan LADANG AYAM RAKYAT, secara mega dan besar besaran agar sehingga menyamai 1 penduduk Malaysia : 10 ekor ayam . Mudah mudahan harga ayam sehingga x laku baru padan muka pengeluar nih. Sudahlah ayam suntik yg tidak berkhasiat mahu jual mahal pulak.

Omar Ja'afar said...

siapa yang mengawal harga? sudah tentu penternak atau pun penjual yg berpakat demi keuntungan lebih, mana2 pun boleh terjadi di antara mereka, bayangkan lah harga ayam jika tidak di kawal terutama menjelang hari raya yang akan datang, pembeli biasa nya tiada pilihan, kecuali menternak sendiri dan sudah tentu ini amat melecehkan, tak kan nak buat rendang ikan, tak masuk akal!

Anonymous said...

umno memang pakar barang naik,semua naik..samapai rakyat naik minyak,tunggula la umno,x lama dah...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...