TUAN KY JELLY |
Di Sibu, PKR cabang Lanang hari ini melahirkan rasa kecewa dengan peruntukan kerusi Dudong kepada DAP selepas pertelagahan di kalangan parti pakatan pembangkang berhubung hak bertanding kerusi di kawasan itu.
Meskipun akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti pakatan mengenainya, Pengerusi cabang PKR itu, George Chen berkata: "Kami kecewa kerana telah melakukan banyak usaha sejak tiga tahun lepas dan kini hilang peluang untuk bertanding di kawasan itu."
Beliau berkata, PKR cabang Lanang yang bertanggungjawab menyelia dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dudong dan Bukit Assek, telah berjaya menarik kira-kira 3,000 anggota baru dan menubuhkan 10 ranting baru.
"Dalam tempoh tiga tahun lepas, kami melawat 119 rumah panjang, semua kampung Melayu dan kawasan petempatan Cina dan yang demikian, (PKR cabang Lanang) telah membentuk tapak kukuh di sana," katanya di sini.
BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006 menerusi Penolong Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Soon Choon Teck, yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap Menteri Muda Kesihatan Awam.
Kerusi Dudong meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar dengan majoriti pengundi adalah kaum Cina manakala masyarakat Iban dan Melayu merangkumi 47 peratus pengundi.
"Pucuk pimpinan banyak memberi sokongan kepada kami selama ini untuk bertanding di Dudong tetapi DAP enggan memberi laluan.
"Kami mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Dudong dan malahan bersedia menyerahkan Senadin sebagai pertukaran bagi Dudong tetapi DAP tidak mahu menerima permintaan kami," katanya.
— BERNAMA.
ULASAN KL BOYZ
Baru PR nak tahu yang DAP ni memang sebenarnya tamak dalam pemerintahannya, tak lama lagi satu-persatu hak PR akan dirampas setelah mempergunakan PKR.
Akan dibuang macam sampah kitaran semula setelah PKR bakal kehilangan ketuanya yang sedang mengadapi kesulitan dan terus-berterusan dihimpit kesusahan yang berkemungkinan akan disimpan didalam lokap kerana "hobi" luar biasa yang diselindungkan kepada rakyat PR dengan kononnya mengatakan ia adalah konspirasi.
1 comment:
sama2 tamak sebenarnya tp PKR terlebih tamak dari DAP yang dah lama bertapak di Sarawak tu,PKR mmg gila kuasa nak jadi kerajaan
Post a Comment