PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, March 27, 2011

KERAJAAN KEMPEN TURUNKAN HARGA BARANG






Kerajaan akan melancarkan kempen penurunan harga secara besar-besaran membabitkan 50 sektor termasuk perkhidmatan di seluruh negara mulai 15 Jun hingga 31 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor yang terlibat dalam kempen itu ialah sektor binaan, pengeluar makanan, pengilang, pengangkutan, pembekal, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, sebelum ini, kempen penurunan harga barang hanya melibatkan peruncit, peniaga makanan dan pakaian. “Langkah ini sebagai usaha menurunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk tidak membebankan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-35 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, semalam.

Ismail Sabri berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang akan terbabit dalam kempen berkenaan.

Katanya, kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan stok penimbal barang makanan dalam tempoh terdekat ini berikutan kejadian bencana alam yang menimpa Jepun baru-baru ini.

"Negara kurang mengimport bahan makanan dari negara matahari terbit itu dan kita hanya mengimport sebahagian barangan elektrik. Kenaikan harga beberapa jenis barang seperti bawang dan kentang baru baru ini kerana negara pengeluar seperti China, Australia dan New Zealand menghadapi kekurangan bahan itu akibat dilanda banjir besar dan gempa bumi", kata beliau.

- PETIKAN SINAR HARIAN



ULASAN KL BOYZ

Diwaktu yang sebegini eloklah kempen ini diadakan untuk mengurangkan beban rakyat untuk menampung kos hidup seharian mereka.

Kerajaan hendaknya dapat melaksanakan kempen-kempen sebegini, bagi menutup mulut pihak pembangkang yang hanya tahu banyak bercakap dari memberikan idea yang bernas.

2 comments:

Anonymous said...

Patut kerajaan bertindak dengan menggunakan kuasa wang yang dimiliki di KWSP, Khazanah dan lain-lain lagi dengan membeli pegangan saham di syarikat tersenarai awam yang perlu dimiliki seperti syarikat yang menghasilkan makanan untuk rakyat, contoh :- ayam, lembu, telur dan bermacam-macam lagi oleh itu sumber kawalan akan lebih terjamin berbanding dengan membiarkan tanpa kawalan seperti sekarang.

Asaz said...

selam buat kerajaan
http://aseps21.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...